Khamis, 30 Oktober 2008

KINTA, FILEM KUNG FU PERTAMA MALAYSIA

Mungkin boleh ditabik spring juga pada pengarah CL Hor yang telah menghasilkan filem bercorak kung fu dan seni mempertahankan diri yang terbaru berjudul Kinta. Aku belum menonton filemnya, hanya menyaksikan trailernya dan nampaknya boleh tahan juga, setanding dengan trailer filem kung fu dari Hong Kong, Taiwan dan China.

Filem ini mengisahkan kemelut para imigran cina yang berhijrah ke Lembah Kinta, Perak sekitar tahun 1800 sebagai pelombong bijih timah. Dan keringat mereka diperah secara paksa oleh Master Hoong, seorang peniaga dan ketua kongsi gelap. Filem ini dibintangi oleh Patrick Teoh, Robin Ho (bekas jurulatih Wushu kebangsaan), Michael Chin, Kuan Fei Jun, David Bao dan Albert Yuen.

TRAILER FILEM KINTA

Tiada ulasan: