Khamis, 11 September 2008

SEBUAH LAGI FILEM WEIRD WESTERN


Mungkinkah Hollywood sudah bosan membikin semula filem-filem seram daripada Asia maka kini beralih pula kepada genre weird western, iaitu filem koboi yang diselitkan unsur-unsur seram, fantasi dan sains fiksyen.

Sebelum ini Wesley Snipes telah memegang watak sebagai pembunuh zombie dalam Gallow Walker (akan ditayangkan pada 2009), yang terbaru adalah The Burrowers yang dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

The Burrowers mengisahkan beberapa pembunuhan misteri berlaku di sebuah pekan kecil. Pada suatu hari seorang gadis muda telah diserang tetapi dapat diselamatkan oleh beberapa orang koboi. Penyerang gadis tersebut merupakan makhluk yang hidup di dalam tanah. Mereka membawa gadis itu kembali ke pekan tanpa mengetahui rahsia yang menyelubungi gadis tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Clancy Brown dan Sean Patrick Thomas. Filem ini diarahkan oleh J.T. Petty.

TRAILER THE BURROWERS

Tiada ulasan: