Rabu, 10 September 2008

THE RIPPINGTONS, MIKE OLDFIELD DAN DANNY ELFMAN

The Rippingtons

Aku mengenali band ini sewaktu mula berjinak-jinak dengan muzik Jazz dulu. Aku jatuh cinta dengan Jazz apabila pertama kali mendengar irama daripada saxophonist Dave Kozz, kemudian beralih pula kepada Kenny G. Aku berasa tak puas dan mula explore tentang muzik Jazz ini (peralihan daripada Rock dan Metal kepada Jazz) dan aku dapati muzik Jazz ini tidak kurang menariknya. Menafikan tanggapan aku pada mula-mula dulu mengatakan bahawa Jazz adalah muzik golongan elit dan high class, sedangkan ironinya Jazz di Amerika Syarikat dimainkan oleh golongan kulit hitam di tepi-tepi jalan. Aku mula mengenali nama-nama seperti Lee Ritenour, Chaka Khan, Candy Dulfer tetapi yang melekat di hati aku ialah band The Rippingtons.

The Rippingtons dianggotai oleh Russ Freeman (ada dua pemuzik Jazz bernama Russ Freeman, Russ Freeman dalam band The Rippingtons adalah seorang gitaris manakala Russ Freeman yang lagi satu merupakan pemain piano solo), Dave Karasony (drum), Bill Heller (piano), Kim Stone (bass), Scott Breadman (percussions) dan Eric Marienthal (saxophone). Antara pemuzik-pemuzik lain yang pernah bermain untuk The Rippingtons seperti Jeff Kashiwa, Brandon Fields, David Benoit, Dave Koz, Gregg Karukas, Tony Morales, Kenny G dan Steve Reid.

Setakat ini The Rippingtons telah menghasilkan 17 buah album. Album mereka yang pertama berjudul Moonlighting dan yang terbaru adalah 20th Anniversary. So kepada mereka yang nak beralih kepada genre muzik yang lain apa salahnya mendengar muzik daripada The Rippingtons sebagai permulaan. Aku masih lagi mendengar muzik-muzik Rock dan Metal, Jazz telah menambahkan lagi genre muzik yang aku minati.


Mike Oldfield

Aku meminati Mike Oldfield apabila aku mendengar muzik tema berhantu dari filem The Exorcist. Pada credit title yang dipaparkan di akhir-akhir filem aku mengetahui judul muzik yang dimainkan ialah Tubular Bells dan komposernya bernama Mike Oldfield. The Exorcist adalah filem yang aku takut nak tonton sewaktu zaman persekolahan, aku mula menonton filem ini semula setelah aku dewasa walaupun masih ada sedikit shivers, dan mula mencari album-album Mike Oldfield.

Mike Oldfield ataupun nama sebenarnya Michael Gordon Oldfield aadalah seorang komposer British yang memainkan muzik berkonsepkan World dan New Age. Album pertamanya ialah Tubular Bells yang diterbitkan pada tahun 1973 dan yang terbaru adalah Music of the Spheres yang diterbitkan pada tahun 2008. Aku masih belum mendengar dan memiliki album terbaru Mike Oldfield ini. Difahamkan konsep album terbaru Mike Oldfield ialah Classical Music. Album Olfield yang aku minati ialah Guitars yang diterbitkan pada tahun 1999. Mike Oldfield pernah menjadi komposer untuk soundtrack filem The Killing Fields pada tahun 1984.

Walaupun Tubular Bells digunakan untuk filem The Exorcist namun Mike Oldfield bukanlah komposer sepenuhnya untuk filem itu (selain daripada Tubular Bells, The Exorcist juga menggunakan lagu Night 0f the Electric Insects persembahan Black Angels), hanya filem The Killing Fields sahaja Olfield bertanggungjawab sebagai komposer sepenuhnya.


Danny Elfman

Seorang lagi komposer yang aku minati selain daripada John Williams. Aku mula meminati Danny Elfman apabila mendengar muzik tema filem Beetlejuice arahan Tim Burton. Aku dapati Tim Burton memang menggunakan muzik gubahan Danny Elfman hampir di setiap filem arahan dan terbitannya. Antara filem-filem arahan Tim Burton yang menggunakan muzik gubahan Danny Elfman seperti Pee-Wee's Big Adventure , Batman, Edward Scissorhands, Batman Returns, The Nightmare Before Christmas, Mars Attacks!, Sleepy Hollow, Planet of the Apes, Big Fish, Charlie and the Chocolate Factory dan Corpse Bride. Hanya filem Ed Wood dan Sweeney Todd sahaja yang tidak menggunakan khidmat Danny Elfman.

Filem-filem bukan arahan Tim Burton pula seperti Forbidden Zone, Weird Science, Darkman, Spider-Man dan Spider Man 2. Danny Elfman turut berlakon memegang watak Satan dalam filem Forbidden Zone diarahkan oleh Richard Elfman, abang kepada Danny Elfman. Danny Elfman pernah menjadi vokalis untuk kumpulan Oingo Boingo (gambar).

Tiada ulasan: