Rabu, 3 September 2008

MALCOLM X

Aku menonton filem ini sewaktu aku menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di Perak. Sekolah tersebut adalah di bawah naungan sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan yang agak aktif di Malaysia. Turut menjadi tenaga pengajar di sekolah ini ialah pengarah filem indipendent Abror Rivai yang bergelar ustaz ketika itu. Manakala pengarah filem indipendent Dzia Agi, adik kepada pelakon Gibran Agi dan anak kepada penyair dan sasterawan A. Ghafar Ibrahim pernah belajar di sekolah ini.

Filem ini telah dipilih sebagai tayangan amal oleh pertubuhan Islam bukan kerajaan itu. Wang hasil jualan tiket untuk filem ini akan disumbangkan kepada pihak-pihak kebajikan (aku tidak ingat disumbangkan kepada siapa). Sebenarnya aku agak tertekan sewaktu mengajar di sekolah ini, maklum sajalah sekolah ini lokasinya di luar bandar (di kawasan air terjun yang agak popular di kawasan Lembah Kinta). Setiap kali aku minum di kedai kopi berhampiran sekolah ini pasti ada yang akan menegur "Assalamualaikum, Ustaz" walaupun aku mengajar komputer dan Bahasa Inggeris. Memanglah Ustaz adalah guru dalam Bahasa Arab, tetapi aku rasa janggal pulak bila ada yang menegurku begitu. Tak kurang juga yang menanyakan kemusykilan agama kepadaku.

Berbalik kepada filem ini, ia adalah gambaran yang jujur daripada Spike Lee tentang perjalanan hidup Malcolm X daripada zaman kafirnya, kemudian apabila beliau memeluk Islam namun masih dalam kesesatan apabila Islam hasil didikan Elijah Muhammad penuh dengan kebencian terhadap kaum kulit putih dan Kristian. Apabila Malcolm atau nama Islamnya Malik El Shabazz mengerjakan haji di Mekah, barulah beliau memahami erti Islam yang sebenar, bahawa Islam itu adalah agama persaudaraan, agama keamanan dan bukan menggalakkan kebencian. Di Mekah beliau melihat bahawa penganut Islam bukan hanya orang kulit hitam, tetapi juga kulit putih dan bangsa-bangsa lain.

Apabila beliau kembali dari Mekah, beliau cuba untuk memperbetulkan akidah penganut-penganut Islam di kalangan kulit hitam di Amerika bagaimanapun beliau telah diugut bunuh dan rumahnya dibom. Haji Malik El Shabazz akhirnya dibunuh oleh pengikutnya sendiri pada 21 Februari 1965 sewaktu hendak menyampaikan ceramah.

Filem ini diakhiri dengan gambar Nelson Mandela sedang berucap di Afrika Selatan dan memetik satu daripada ucapan Malcolm X.

3 ulasan:

Ajami Hashim berkata...

Salaam bro,

boleh e-mail me to:

ajamihashim@gmail.com

ada invitation laa.. reply asap pls.. tQ

Tanpa Nama berkata...

zul..

hihi.. aku pon bokan uztaz. masatu isi masa smentara result kluar..

tapi, bapa aku ya.. dia guru agama besar sewaktu itu pon dia pengetua di sekolah ini.

sudah kelaziman anak2 nya di-train untk membantunya membangunkan sekolah sblum kami melanjutkan pelajaran lebih tinggi - ke bidang yg kami pilih sendiri..

ini bukan baru, dia pengasas institut harapan di taiping waktu aku masih kecil.. pokoknya, dari kecil kami adik beradik dibesarkan dalam suasana mendirikan sekolah.

apa khabar awak? skg bikin apa? tapi, tidak hairan ya.. akhir2 ini film2 yg baik dari nuansa ugama. di iran, misalnya.

indonesia, misalnya, film ayat2 cinta itu dari tulisan anak al azhar. apa nak hairan, dr. hamka, sudah lama menunjukkan contohnya.

tunggulah ya.. dari aku.. doakan! - abror rivai

zulazahari berkata...

Ya Sheikh Abror, ahlan wa sahlan, alam Aidil Fitri juga. Lama tak dengo berita alih2 muncul dlm program Remaja. Tak kisahlah apa bidang pun asalkan dilakukan atas niat kebaikan dan mengikut jalan Allah SWT. Baca blog Faisal Tehrani.