Isnin, 8 September 2008

KERETA AKAN MENDERUM LAGI

Peminat-peminat filem bercorak perlumbaan kereta pasti akan gembira (atau boring) apabila mendapat tahu siri The Fast and the Furious dilanjutkan lagi. Siri keempat filem ini berjudul Fast and Furious merupakan sambungan kepada filem pertama dan kedua manakala prekuel untuk filem ketiga iaitu The Fast and the Furious: Tokyo Drift (macam mana pulak tu, berbalik-balik).

Pelakon-pelakon asal daripada filem pertama, kedua dan ketiga akan muncul dalam filem ini dengan memegang watak utama dan juga cameo. Pelakon utama sudah pastilah Vin Diesel, Paul Walker dan Michelle Rodriguez.

So, apa lagi, kepada mat-mat drift, nantikanlah kedatangan filem ini di pawagam.

TRAILER FAST & FURIOUS

2 ulasan:

mahhass berkata...

yup, agak complicated. Filem ni sebenarnya di posisi 'interquel', sebab berkesinambung dari filem kedua (2 fast 2 furious) dan ketiga (tokyo drift). Kadang2 filem itu disebut 'midquel' juga apabila mengambil beberapa karakter (selain plot) dari beberapa siri filem, dan bersambung terus dari satu atau lebih dari siri filem tu.

Tapi kalau nak ikutkan, Tokyo Drift takde kena mengena dengan 2 filem The Fast & Furious sebelumnya. Sekadar meminjam nama utk strategi pasaran.

zulazahari berkata...

Gee, thanx, ko memang master tentang filem, bukan saja horror. Ini compliment, bukan nak bodek ke apa, U R the best. :D