Baru lepas seminggu berpuasa, suasana nak menyambut hari raya sudah mula terasa, malahan dah ada yang kirim e-card hari raya kepadaku. Heheh....bila bab nak beraya memang advanced, tapi bab berpuasa, faham-faham sendirilah.
Sebenarnya pada aku hari raya bukanlah satu kepentingan bagi aku. Tiada yang istimewanya tentang hari raya puasa ini melainkan ia menandakan tamatnya bulan Ramadhan dan tibanya bulan Syawal, maka pada satu Syawal diharamkan kamu berpuasa. Jadi kembalilah kepada fitrah iaitu melakukan kerja-kerja yang biasa kamu lakukan selain bulan Ramadhan (tidak termasuk perkara-perkara maksiat). Itu pendapat aku, mungkin pendapat orang lain, lain pulak.
Bila mengenang kembali tentang berhari raya, tahun ini adalah hari raya pertamaku bersama keluarga di rumah baru, rumah ku sendiri (walaupun loan belum habis bayar lagi). Sebelum ini terpaksa menumpang di rumah mentua, jadi kena ikut peraturan yang ditetapkan mentua. Sekarang, merdeka!!!! Aku nak bukak rumah pada hari raya ke, nak tutup ke, aku punya pasal.
Aku bukanlah jenis yang seronok sangat tentang hari raya ni. Dulu-dulu sewaktu bujang, aku cuma pakai baju Melayu untuk pergi sembahyang raya je. Lepas sembahyang, balik rumah, bukak baju, salin baju kegemaran aku, t-shirt pagoda dan seluar jeans lusuh. Lepas tu mengadap lontong dan tengok TV sampai ke malam. Nak pergi ziarah rumah orang, jangan harap, kecuali kalau ada member datang ajak, barulah aku pergi. Kalau keluar pun, aku ke pekan pergi menonton wayang. Begitulah caranya aku menghabiskan hari raya di zaman gelapku.
Sekarang ni, dah ada keluarga sendiri, jangan haraplah nak lepak kat rumah tengok tv. Hari pertama mesti balik ke rumah mentua ataupun rumah ibu bapa aku sendiri (aku dan isteri dah buat peraturan balik kampung ikut giliran, kalau tahun ni balik kampung aku, tahun depan balik kampung dia pulak), hari raya kedua ziarah rumah sedara mara, raya ketiga ziarah rumah kawan-kawan pulak. Hai penat. Dan tentang pakaian, aku memang rindukan pakaian selekeh ku dulu, apakan daya, sekarang dah ada 'fashion consultant', terpaksa la ikut, kalau tak muncung aje la sehari suntuk. Entri ini aku akan sambung selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti, so to be continued......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan