Rabu, 3 September 2008

JAPANESE WESTERN

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, juga ditambah dengan tugas-tugas di pejabat yang semakin meningkat (maklumlah dah pertengahan tahun dan nak menuju akhir tahun) dan tugas-tugas untuk keluarga, masa menjadi semakin terhad. Aku minta maaf sekiranya blog ini kelihatan agak sepi kerana kesuntukan masa untuk update.

Sempat juga aku menjenguk ke beberapa laman web filem indipendent dan aku tertarik dengan filem ini yang ingin aku promote kan kepada mereka yang setia melawat blogsite aku (terima kasih banyak-banyak, I appreciate it). Sebuah filem bercorak western, lebih tepat dikategorikan sebagai weird western kerana ada samurai dan elemen-elemen fantasi di dalamnya. Takashi Miike pula melabelkannya sebagai Sukiyaki Western.

Sukiyaki Western: Django sebuah filem Jepun baru arahan pengarah cult Takashi Miike yang sinonim dengan filem-filem bercorak seram dan ganas seperti Audition, Shinjuku Triad Society, Full Metal Yakuza, Ichi the Killer kini tampil dengan sebuah filem bergenre western.

Filem ini berlaku beratus-ratus tahun selepas Peperangan Genpei di Jepun, dua buah kumpulan iaitu Minamoto dan Taira bertempur di sebuah pekan di Yuta, sementara seorang pembunuh upahan pula tiba di pekan itu di tengah-tengah pertempuran.

Filem ini turut dibintangi oleh Quentin Tarantino.

TRAILER SUKIYAKI WESTERN: DJANGO

Tiada ulasan: