Jumaat, 12 September 2008

AISEYMEN! KANTOI LE PULAK

Entah kenapa, Hamid begitu resah waktu itu. Tidak pernah dia merasa seresah itu. Dia memandang ke hadapan, seorang lelaki berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau merenung ke arahnya sambil tersenyum.

"Boleh kita mula sekarang?" tanya lelaki itu.

Hamid mengangguk-angguk tanda setuju. Lelaki itu pun menghulurkan tangannya dan disambut oleh Hamid, digenggam erat-erat. Sebaik sahaja Hamid menggenggam tangan lelaki itu tatkala itu juga terpacul keluar daripada mulut Hamid "Aku terima nikahnya......"

"Heh! Siapa pulak nak bernikah? Kan nak bayar fitrah ni?" tanya lelaki itu disambut gelak ketawa oleh mereka yang sedang menunggu giliran untuk membayar fitrah.

Hamid tersentak. Mukanya bertukar merah padam. Dia pun tak menyangka perkataan itu yang disebutnya.

1 ulasan:

ondscene berkata...

Inilah akibatnya gabra tak tentu pasal.......