Khamis, 21 Ogos 2008

TRIVIA-TRIVIA MENARIK

Watak Peter Vincent dalam filem Fright Night adalah gabungan nama dua orang pelakon seram veteran iaitu Peter Cushing dan Vincent Price.

Heather Langenkamp yang melakonkan watak Nancy Thompson dalam filem Nightmare on Elm Street pernah menjadi krew produksi untuk filem Dawn of the Dead terbitan tahun 2004. Langenkamp juga pernah melakonkan wataknya sendiri dalam filem Wes Craven's New Nightmare dan plot filem ini banyak berdasarkan kisahnya diekori oleh peminat fanatiknya.

Di dalam filem Nightmare on Elm Street, ada babak di mana Nancy menonton filem Evil Dead di dalam televisyen, mungkin sebagai homage Sam Raimi menggantungkan sarung tangan Freddy Krueger di bangsal Ash dalam filem Evil Dead II.

Bela Lugosi hanya melakonkan watak Dracula sebanyak dua kali. Kali pertama dalam filem Dracula dan yang kedua dalam filem komedi Abbott and Costello Meet Frankenstein. Meskipun dia membintangi filem-filem vampire yang lain tetapi dia tidak memegang watak itu.
Nama Dr. Samuel J. Loomis dalam filem Halloween diambil daripada nama watak Sam Loomis dalam filem Psycho.

Pelakon Vic Morrow terbunuh sewaktu melakonkan satu babak dalam filem Twilight Zone The Movie. Sewaktu penggambaran, helikopter yang dinaikinya mengalami kerosakan dan terhempas. Dia bersama seorang pelakon kanak-kanak keturunan Vietnam bernama My-Ca Dinh Le mati terbunuh setelah kepala mereka putus dilibas kipas helikopter manakala seorang lagi pelakon kanak-kanak, Renee Shin-Yi Chen mati dihempap helikopter yang terhempas.

Pelakon Charlie Sheen pernah membuat laporan polis selepas menonton sebuah filem berjudul Flowers of Flesh and Blood kerana menyangka ianya sebuah filem 'snuff'. Laporan itu kemudian diambil alih oleh FBI dan kes itu ditutup apabila FBI mendapati ianya hanya sebuah filem dan menggunakan special effects. Kes yang serupa juga berlaku pada filem Cannibal Holocaust apabila pengarahnya Ruggero Deodato telah ditahan untuk siasatan kononnya apa yang dipaparkan dalam filem tersebut benar-benar berlaku. Deonato diarahkan untuk membuktikan bahawa filem itu adalah palsu dan lakonan semata-mata. Dia juga diarahkan untuk mendedahkan rahsia di sebalik special effects dan make-up yang digunakan dalam filem tersebut. Setelah Deonato mendedahkan segala-galanya barulah dia dibebaskan, bagaimanapun filem itu tetap mengundang kontroversi apabila pembunuhan haiwan dalam filem tersebut adalah benar.

*Sumber daripada Upcoming Horror Movie dan Wikipedia.

1 ulasan:

mahhass berkata...

Menarik. Ada beberapa trivia yg aku dah pernah baca, separuh lagi baru tau lepas baca entri ni (macam Evil Dead dlm Nightmare tu) cool!