Jumaat, 22 Ogos 2008

BURN, MISTERI TERBARU DARI THAILAND


Burn adalah sebuah filem misteri dan seram yang terbaru daripada Negara Thai. Menampilkan pembakaran tubuh secara spontan (SHC) sebagai plot filem ini adalah sesuatu yang menarik dan lari dari kebiasaan kerana lazimnya filem seram dari Thailand sama seperti filem seram dari negara Asia lain yang menonjolkan watak hantu wanita berambut panjang sebagai plot utamanya.

Mona, anak kepada salah seorang mangsa fenomena SHC menjalankan penyiasatannya sendiri tentang kematian ibunya. Penyiasatannya menemukannya dengan Ploy, seorang jururawat yang juga kematian ibunya disebabkan oleh SHC. Kedua-duanya cuba untuk merungkaikan misteri kematian ibu mereka, adakah disebabkan kejadian semulajadi ataupun ada dalang di sebalik kejadian yang berlaku. Dan sekiranya kematian-kematian tersebut dirancang oleh seseorang, apakah tujuan orang tersebut. Mereka kemudian disertai oleh Kwan, seorang wartawan yang percaya kematian-kematian tersebut ada kaitan dengan sebuah pertubuhan rahsia.

TRAILER BURN

Tiada ulasan: