Jumaat, 29 Ogos 2008

PERLUMBAAN MAUT

Dalam kesibukan aku berkursus, sempat juga aku menjejakkan kaki ke pawagam untuk menonton filem. Setelah penat seharian mendengar taklimat, apa salahnya malam ini kuhabiskan untuk melayan filem pula. Pilihanraya Permatang Pauh, ah, tidak menepati selera aku, dan aku tahu Mamat itu pasti menang juga.

Pada mulanya aku ingin menonton filem Susuk tetapi temanku agak 'fobia' dengan filem Melayu. Walaupun aku sedaya upaya cuba meyakinkannya bahawa filem ini bukanlah seperti filem tipikal Melayu yang lain, dia tetap tidak mahu menontonnya. Akhirnya aku mengalah dan kami menonton filem Death Race. Bagi aku, ini adalah win-win situation, kerana Death Race ada Jason Statham (dan Natalie Martinez juga, she's hot).

Setelah menyaksikan beberapa trailer yang telah pun aku saksikan di internet, disulami beberapa iklan arak, filem yang ditunggu pun ditayangkan. Ia dimulakan dengan perlumbaan di antara watak bernama Frankenstein sedang berlumba dengan watak bernama Machine Gun Joe. Machine Gun Joe telah berjaya mengalahkan Frankenstein manakala kereta yang dipandu oleh Frankenstein terbakar dan meletup. Tidak pasti sama ada Frankenstein hidup atau mati (akan diketahui di pertengahan cerita).

Kemudian ia disusuli dengan title card yang menerangkan bahawa tiga tahun dari sekarang ekonomi Amerika Syarikat akan runtuh, dan syarikat-syarikat swasta dan korporat yang akan menerajui pentadbiran Amerika termasuk pasukan polis dan penjara. Sebuah penjara bernama Terminal Island Prison menjadi tumpuan kerana di sini berlansungnya arena perlawanan antara banduan dan disiarkan secara lansung ke seluruh dunia melalui internet. Apabila penonton mulai bosan dengan perlawanan yang disiarkan, mereka mahukan sesuatu yang lebih ganas dan extreme, maka terciptalah Death Race, sebuah perlumbaan kereta yang lengkap dengan senjata dan para pelumba harus menghapuskan lawannya untuk menjadi pemenang. Dan perlumbaan ini berlansung dalam tiga peringkat. Sesiapa yang memenangi perlumbaan ini sebanyak lima kali berturut-turut akan dibebaskan dari penjara.

Seorang bekas pelumba bernama Jensen Ames (Jason Statham) telah ditangkap atas tuduhan membunuh isterinya. Dia telah dibawa ke Terminal Island Prison. Di penjara ini, Ketua Warden bernama Hennessy (Joan Allen) mahukan Ames menjadi Frankenstein. Frankenstein adalah pelumba popular dalam siri Death Race dan rating Death Race naik disebabkan Frankenstein. Malangnya Frankenstein telah terbunuh dalam siri Death Race yang lalu (ditunjukkan pada awal cerita). Ames mengesyaki sesuatu tentang pembunuhan isterinya dan yakin pembunuh sebenar berada di penjara itu, maka Ames setuju untuk menjadi Frankenstein. Frankenstein adalah seorang pelumba yang bertopeng disebabkan kecacatan pada mukanya. Apabila Jensen Ames dijadikan Frankenstein dia juga terpaksa memakai topeng. Dan pelumba bertopeng ini mengingatkan aku kepada satu watak iaitu Jason Vorhees, topeng yang digunakan hampir sama dengan topeng Jason Vorhees.

Death Race adalah gabungan filem perlumbaan kereta dan prison break. Death Race juga adalah remake untuk filem Death Race 2000 yang diterbitkan pada tahun 1975. Kedua-dua filem ini diterbitkan oleh Roger Corman. Filem Death Race 2000 dilakonkan oleh David Carradine sebagai Frankenstein dan Sylvester Stallone sebagai Machine Gun Joe Viterbo. Sebagai peminat filem aksi memang aku berpuas hati dengan filem ini yang padat dengan aksi-aksi extreme. Filem ini juga tidak berat dan tidak memerlukan penonton untuk berfikir tentang plotnya, sesuai buat aku yang sedang berkursus ketika itu. Aku bagi filem ini lima bintang untuk aksi dan tiga bintang untuk lakonan (watak Hennessy memang menjengkelkan membuatkan aku terasa ingin melihat Jensen Ames merogolnya di depan warden-warden penjara, haha..ganasnya aku).

Oh ya, selain daripada Roger Corman, filem ini turut diterbitkan oleh Paula Wagner dan Tom Cruise (Tom Cruise?). Suara David Carradine digunakan sebagai cameo dalam filem ini untuk watak Frankenstein di permulaan filem.

Tiada ulasan: