Rabu, 6 Ogos 2008

PERSIAPAN KE ZON PERANG

Punisher: War Zone adalah judul filem terbaru yang diadaptasi daripada watak The Punisher terbitan Marvel Comics. Bagi aku The Punisher tidak layak digelar superhero kerana dia hanya manusia biasa, punyai kelemahan, tidak seperti The X Men, Hulk, Superman yang mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa.

The Punisher ataupun nama sebenarnya Frank Castle adalah anti hero sebenarnya kerana di dalam komik dia juga turut diburu oleh pihak berkuasa atas tindakannya menjalankan hukuman ke atas penjenayah menurut pengadilannya sendiri.

Punisher: War Zone juga bukanlah sekuel untuk filem The Punisher terbitan tahun 2004. Ia merupakan 'reboot' iaitu episod baru untuk siri The Punisher seperti Batman Begins dan Casino Royale (untuk siri filem James Bond).

Di dalam Punisher: War Zone, The Punisher telah menyebabkan kecacatan kepada wajah penjenayah dan pembunuh upahan Billy Russoti. Ini telah memberikan tekanan kepada Russoti kerana sebelum ini dia dikenali sebagai 'penjenayah yang kacak' (The Beaut). Akibat tekanan ini dia mengubah namanya kepada Jigsaw (kerana mukanya berparut-parut seperti jigsaw) dan berazam untuk membunuh The Punisher.

Menariknya, di dalam komik, Jigsaw telah beberapa kali membuat penampilan 'crossover' iaitu penampilan khas watak Marvel ke komik DC, dan dia telah tampil dalam komik Batman, bergandingan bersama Joker dan Two Face (kedua-duanya mempunyai kecacatan pada wajah) untuk menentang Batman. The Punisher juga pernah tampil dalam komik Batman.

Boleh dikatakan The Punisher adalah bayangan Batman untuk Marvel, cuma watak The Punisher lebih kejam dan gelap, kerana sanggup membunuh sedangkan Batman tidak pernah membunuh dengan sengaja. The Punisher pada awalnya merupakan antagonis untuk watak Spider-Man. Kemunculan pertama The Punisher adalah dalam komik Spider-Man terbitan Marvel pada tahun 70'an. Disebabkan oleh populariti The Punisher dalam komik itu, maka Marvel kemudian menerbitkan sirinya sendiri.

Sebanyak tiga buah filem The Punisher telah dihasilkan. Pertama filem The Punisher yang diterbitkan pada tahun 1989. Filem ini dilakonkan oleh Dolph Lundgren dan diarahkan oleh Mark Goldblatt. Secara jujurnya aku tidak pernah menonton filem ini. Filem kedua pula diterbitkan pada tahun 2004, dilakonkan oleh Thomas Jane sebagai Frank Castle/The Punisher dan John Travolta sebagai penjahat, diarahkan oleh Jonathan Hensleigh dan yang terbaru adalah Punisher: War Journal yang dilakonkan oleh Ray Stevenson sebagai Frank Castle dan Dominic West sebagai Billy Russoti/Jigsaw. Punisher: War Zone turut menampilkan watak Microchip yang dilakonkan oleh Wayne Knight (macam gabungan nama Bruce Wayne dan The Dark Knight). Filem ini diarahkan oleh Lexi Alexander (seorang wanita menjadi pengarah filem aksi, bukan sebarang wanita kerana dia adalah bekas juara dunia dalam bidang karate dan kickboxing ketika berusia 19 tahun. Filem pertama arahannya ialah Green Street Hooligans yang dibintangi oleh Elijah Wood).

Tiada ulasan: