Rabu, 6 Ogos 2008

BILA MAHU SIAP DA?

Filem Ong Bak 2 masih lagi tidak disiapkan akibat beberapa masalah antara pengarah dan pelakon filem ini, Tony Jaa bersama pihak penerbitan iaitu Sahamongkol Film. Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Tony Jaa telah menghilangkan diri dan dipercayai diculik, bagaimanapun Tony Jaa telah muncul di kaca televisyen dan menafikan dirinya diculik. Tony Jaa kemudian membuat tujuh tuntutan terhadap Sahamongkol Film sekiranya pihak penerbitan mahu filem Ong Bak 2 disiapkan.

Tony Jaa juga memberitahu sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, dia akan menghilangkan diri sekali lagi dan mungkin tidak akan ditemui lagi (nak bunuh diri ke apa?). Penyudahnya? Tony Jaa dan Ketua Eksekutif Sahamongkol iaitu Somsak Techaratanaprasert @ Sia Jiang telah bertemu dan Tony Jaa telah menggugurkan semua tuntutannya kepada Sahamongkol Film.

Tujuh tuntutan Tony Jaa terhadap Sahamongkol Film adalah :

1. Tony Jaa menuntut tambahan sebanyak 55 juta baht untuk menyiapkan lagi 20 peratus penggambaran filem Ong Bak 2. Ini termasuk kos upah pelakon, penyewaan studio dan penyewaan panggung.

2. Menuntut agar diberi kebebasan memilih krew penerbitannya sendiri, termasuk mentornya Panna Rittikrai.

3. Pengurus peribadi Tony Jaa diberi hak untuk menyemak akaun produksi Ong Bak 2.

4. Tony Jaa mahu filem ini disiapkan pada 30 November.

5. Tony Jaa juga mahukan maklumat lengkap mengenai pembayaran pelakon dan juga pengarah.

6. Tony Jaa menuntut diberi sebanyak 50 juta baht daripada keuntungan filem Ong Bak 2 (termasuk pengedaran dan penjualan tiket). Sebelum ini Tony Jaa bersetuju diberikan sebanyak 25 peratus daripada keuntungan oleh Sahamongkol Film.

7. Tony Jaa juga menuntut kontrak lakonannya bersama Sahamongkol ditamatkan.

*Sumber asal klik sini

Tiada ulasan: