Isnin, 18 Ogos 2008

MAX PAYNE

Sebuah lagi filem bercorak aksi gelap, Max Payne akan muncul di pawagam. Filem yang diadaptasi daripada permainan video dengan judul yang sama ini dilakonkan oleh pelakon serba boleh Mark Wahlberg dan diarahkan oleh John Moore.

Max Payne merupakan seorang polis cawangan anti narkotik yang telah melancarkan perang terhadap pengedar-pengedar dadah di New York. Reaksi atas tindakannya itu menyebabkan keluarga Payne mati dibunuh dan Max Payne berikrar untuk menuntut bela atas kematian keluarganya.

Turut berlakon adalah Beau Bridges (Stargate), Mila Kunis (Forgetting Sarah Marshall), penyanyi rap Ludacris, Chris O'Donnell (Batman & Robin) dan penyanyi Nelly Furtado.

Trailer filem ini juga kelihatan agak mengelirukan kerana ia memaparkan watak seorang manusia yang mempunyai sayap, begitu juga dengan poster filem ini. Bagaimanapun filem ini tidak diklasifikasikan sebagai filem fantasi ataupun supernatural. Kemungkinan adegan itu sewaktu Max Payne berada di bawah pengaruh dadah bernama Valkyr (sesiapa yang familiar dengan permainan video Max Payne mungkin faham apa yang dimaksudkan).

TRAILER MAX PAYNE

Tiada ulasan: