Rabu, 20 Ogos 2008

IKRAR PERWIRA


Pedang yang usang

Dibersihkan buat pameran

Mempertahankan kemenangan.


Kemuliaan

Untuk hadapi kesukaran

Keberanian

Kepada satriawan muda

Oh....

Semangat perjuangan.


Ikrar perwira

Bersemadi di sudut nurani

Jiwa satria

Teguh pasti

Semangat perjuangan.

Itulah lirik lagu Ikrar Perwira daripada kumpulan rock Singapura Rusty Blade. Lagu ini memang rockin' waktu aku bersekolah dulu. Aku masih ingat pada waktu akhir persekolahan di mana buku-buku teks pun dah dipulangkan, silabus matapelajaran pun dah tamat (kalau tak habis pun kira dah habislah), cikgu-cikgu pun dah mula asyik bermesyuarat untuk membuat persiapan cuti akhir tahun dan juga persiapan untuk sesi persekolahan tahun akan datang.

Waktu itu merupakan 'party' kepada kami kerana dah tak ada nak buat apa dah, kecuali pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang akan menghadapi peperiksaan SPM (kesian, time cuti kena periksa pulak). Ada yang dah tak datang ke sekolah, ada juga yang datang ke sekolah tapi buat hal sendiri. Dan ada juga yang datang membawa mini-compo dan membuat party kat bilik darjah. Antara lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu kumpulan Search, Wings, Lefthanded, Ella dan Rusty Blade (memang popular di penghujung 80'an dan awal 90'an).

Cuma aku tertarik dengan lagu ini, sungguhpun iramanya agak keras namun liriknya adalah lirik semangat. Mungkin tidak sepatriotik seperti lagu Inilah Barisan Kita namun tetap mengisahkan tentang perjuangan. Lagu lain yang mempunyai lirik bersifat perjuangan adalah lagu 60'an Si Baju Hijau nyanyian Sanisah Huri yang ditujukan khas kepada anggota tentera. Sesuai juga lagi ini didengari untuk menghayati mood bulan kemerdekaan ini.

Tiada ulasan: