Selasa, 5 Ogos 2008

FILEM-FILEM SUPERHERO MALAYSIA YANG AKAN MUNCUL DI PAWAGAM


Antoo Fighter

Kisah beberapa pemburu hantu yang berdepan dengan sekumpulan hantu yang diketuai oleh Drakulat. Hantu-hantu ini bercadang untuk menakluk dunia. Dibintangi oleh Awie, Radhi OAG, Scha Alyahya, Bront Palarae, Nurfazlin Azmi, Ngasrizal Ngasri, Usop Kopratasa, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Hamid Ghurka. Filem ini diarahkan oleh Azizi 'Chunk' Adnan. Dijangka akan ditayangkan pada November 2008.


Cicak-Man 2 - Planet Hitam

Profesor Klon kembali dan menghuru-harakan bandar Metrofulus. Kali ini Profesor Klon telah menguasai dan meracuni bekalan air di Metrofulus. Profesor Klon juga telah mengupah Rrama untuk menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Cicak-Man pula terpaksa berdepan dengan Profesor Klon, Rrama dan Ginger Ghosts (hantu kepada Ginger Boys). Dibintangi oleh Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Adlin Aman Ramlie, AC Mizal, Sharifah Amani, Louisa Chong dan Tamara Bleszynski. Filem ini diarahkan oleh Yusri KRU dan dijangka akan ditayangkan pada 27 Disember 2008.

Filem Antoo Fighter mempunyai website dan blognya sendiri. Klik WEBSITE ANTOOFIGHTER dan BLOG ANTOOFIGHTER.

3 ulasan:

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

salam,anak akak x sabau nak nengok cicak man 2

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

salam,anak akak x sabau nak nengok cicak man 2

zulazahari berkata...

Salam Crazy Beautiful 88,

Mcm nama kongsi gelap dlm citer Kill Bill pulak, just joking, usahkan anak akak, saya pon x sabau jugak nak tengok Cicak Man 2