Jumaat, 11 Julai 2008

TRUCK

Chul-min adalah seorang pemandu trak di Korea Selatan. Suatu hari anak perempuannya telah disahkan menghidap penyakit jantung. Dia cuba meminjam duit daripada kawan-kawannya untuk membiayai kos perubatan anak perempuannya bagaimanapun dia gagal mendapatkan jumlah yang cukup. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjudi.

Malangnya dia telah kalah dan kehilangan semuanya, termasuk duit yang dipinjamnya. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan di rumah perjudian itu. Untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh, dia sanggup mengikut kata pembunuh itu yang merupakan ketua kumpulan kongsi gelap. Dia diarahkan untuk mengangkut mayat-mayat di rumah perjudian itu ke sebuah kawasan yang terpencil.

Sewaktu dalam perjalanan, Chul-min mendengar radio untuk menenangkan hatinya. Berita tergempar dalam radio menyatakan pihak polis sedang membawa pembunuh bersiri paling merbahaya di Korea Selatan ke rumah sakit jiwa. Sedang Chul-min asyik mendengar berita tersebut, dia terpandangkan sebuah kereta telah jatuh ke dalam parit. Dia berhenti dan mendapati mayat beberapa orang anggota polis di dalam kereta tersebut. Chul-min berasa tidak sedap hati dan meneruskan perjalanannya. Dia kemudian terjumpa seorang anggota polis melambai-lambai ke arahnya minta berhenti. Anggota polis itu memohon untuk menumpang traknya. Apabila Chul-min mengetahui identiti sebenar penumpang itu, maka mimpi ngeri sebenar Chul-min pun bermula......

Itu adalah plot filem seram terbaru dari Korea Selatan berjudul Truck.
Klik sini untuk menyaksikan trailernya.

Tiada ulasan: