Jumaat, 11 Julai 2008

LAGU-LAGU BERHANTU YANG MASIH SEGAR DI INGATAN AKU II


Hazard - Richard Marx

Kalau entri aku sebelum ini hanya berkisar kepada lagu-lagu Rock yang mempunyai elemen seram dalam lagu sama ada pada lirik, muzik ataupun muzik video, kali ini aku akan tulis mengenai elemen-elemen seram dan misteri yang ada pada lagu-lagu pop pula. Lagu Hazard nyanyian Richard Marx terkandung dalam album Rush Street yang diterbitkan pada tahun 1991. Lagu ini telah menjadi lagu paling popular Richard Marx selain Right Here Waiting. Lagu ini telah menduduki carta ke-9 di dalam Billboard Hot 100. Hazard mengisahkan tentang perhubungan watak Marx dengan seorang gadis bernama Mary. Marx telah dituduh membunuh Mary bagaimanapun Marx menafikannya. Sepanjang lagu Hazard, liriknya seolah-olah mempertahankan diri Marx bukanlah pembunuh Mary, tetapi tidak diberitahu siapa pembunuh sebenarnya. Lagu ini juga memberitahu bagaimana layanan buruk penduduk Hazard (Hazard adalah nama sebuah tempat di Amerika Syarikat) terhadap Marx sejak dari kecil lagi. Kemudian lagu ini dipersembahkan dalam bentuk klip video. Dalam video ini dipaparkan bagaimana Marx telah disoal siasat oleh Sheriff, kemudian ditunjukkan pula kabin Marx yang telah dimusnahkan oleh beberapa penduduk Hazard, juga satu adegan menunjukkan Sheriff yang menyoal siasat Marx pernah menjemput Mary menaiki keretanya, selepas itu dipaparkan pula adegan mayat Mary yang dijerut dengan kain di dalam tasik, imej Mary bergurau menjerut Marx menggunakan kain yang sama ditunjukkan selepas itu, semua ini seolah-olah sebagai clue kepada penonton untuk meneka siapakah pembunuh Mary yang sebenarnya. Sampai sekarang pun aku tidak mengetahui siapakah pembunuh Mary.


Thriller - Michael Jackson

Lagu ini dimuatkan dalam album Thriller pada tahun 1984. Lagu ini ditulis oleh Rod Temperton dan ditebitkan oleh Quincy Jones. Di dalam lagu ini pelakon filem seram terkenal, Vincent Price telah diundang untuk membacakan satu dialog seram. Lagu Thriller terkenal disebabkan oleh klip videonya sepanjang 14 minit yang menakutkan. Klip video ini diarahkan oleh pengarah filem terkenal John Landis manakala special effects untuk klip video ini dilakukan oleh Rick Baker. Di dalam video klip ini Michael Jackson telah menjadi zombie.


Ghosts - Michael Jackson

Satu lagi lagu dan klip video menyeramkan daripada Michael Jackson. Lagu Ghosts terkandung dalam album Blood on the Dance Floor. Video klip untuk lagu Ghosts diarahkan oleh Stan Winston dan ia boleh dikategorikan sebagai filem pendek kerana durasinya yang panjang iaitu 39:31, lebih panjang dari video klip Thriller. Kisah Ghosts ini ditulis oleh Michael Jackson dan penulis novel seram, Stephen King.


Telephone - Sheena Easton

Sebenarnya lagu dan video klip Telephone tak ada kena mengena lansung. Yang menyeramkan adalah video klipnya yang memaparkan penyanyi Sheena Easton di dalam sebuah rumah berhantu dan dikelilingi oleh hantu-hantu seperti Dracula, Frankenstein, Hunchback of Notre Dame dan King Kong.


Ghostbusters - Ray Parker Jr.

Lagu soundtrack untuk filem Ghostbusters. Di dalam video klipnya turut dipaparkan beberapa adegan daripada filem tersebut. Tak berapa seram tapi masih bermain di ingatan aku.


Everybody (Backstreet's Back)-Backtreet Boys

Lagu yang dimuatkan dalam album Backstreet's Back. Klip videonya adalah parodi untuk klip video Thriller dan Ghosts daripada Michael Jackson. Di dalam klip ini Backstreet Boys adalah hantu yang tinggal di dalam sebuah rumah berhantu. Mereka menjadi Werewolf, Dracula, The Mummy, Phantom of the Opera dan Dr. Jekyll and Mr. Hyde.


Hunter - Bjork

Hunter adalah single daripada Bjork yang dimuatkan dalam album Homogenic. Lagu Hunter juga dijadikan soundtrack untuk filem The X Files: Fight the Future. Video klipnya agak pelik, menunjukkan imej Bjork bertukar menjadi beruang salji kemudian kembali menjadi diri Bjork semula. Mungkin ia berdasarkan pada mitos orang Eskimo tentang beruang jadi-jadian


Frozen - Madonna

Lagu dan video klipnya memang meremangkan bulu roma, tambahan pula ditonton pada waktu tengah malam secara bersendirian. Bayangkanlah imej seorang wanita berpakaian hitam, berdiri terawang-awangan di tengah-tengah padang pasir, kemudian bertukar menjadi binatang berbisa seperti kala jengking, anjing dan burung gagak. Video klip ini memenangi anugerah Best Special Effects di MTV Video Music Awards pada tahun 1988. Video klip ini diarahkan oleh Chris Cunningham.

Aku akan sambung lagi entri ini.

Tiada ulasan: