Isnin, 21 Julai 2008

SILAT LAGENDA


Masih ingat filem ini? Ini adalah sebuah filem animasi yang diarahkan oleh Hassan Muthalib pada tahun 1998.

Silat Lagenda mengisahkan tentang lima orang remaja telah menemui lima bilah keris purba yang pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman silam. Remaja-remaja tersebut kemudiannya menyerapi kuasa yang terdapat pada keris-keris itu dan menggunakannya untuk kebaikan dan menegakkan keadilan. Bagaimanapun, keris-keris tersebut turut dituntut oleh ahli sihir dari zaman silam bernama Mona.

Filem ini telah memenangi Anugerah Khas Juri untuk filem animasi Malaysia yang pertama dalam Festival Filem Malaysia ke-14 pada tahun 1999. Filem ini juga dikatakan mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.

Aku sangat berharap agar filem ini dibuat dalam bentuk 'live action' sebab jalan ceritanya sangat menarik. Sekiranya filem ini dibuat dalam bentuk live action dan digarap dengan baik, mungkin ia boleh menjadi seperti Power Rangers Malaysia. Dan pengarah yang aku rasa sesuai untuk mengarahkan filem ini ialah Hassan Muthalib dan Yusry KRU. Mungkin ada pengarah lain tetapi pada aku Yusry lebih sesuai kerana kumpulan KRU pernah menerbitkan album soundtrack untuk filem animasi ini, bererti KRU sudah faham jalan ceritanya. Itu cuma cadangan aku saja, sayang sebab filem ini telah dibiarkan dan dilupakan begitu sahaja.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta maaf, rasanya hanya Hassan Muthalib saje yang director filem itu. Yusry tidak pernah terlibat pun dalam pembikinan filem tersebut malahan, KRU hanya menghasilkan soundtrack bagi filem tersebut.

zulazahari berkata...

Hmmm....bila pulak Yusry KRU terlibat dgn filem ini, aku cadangkan sekiranya filem ini hendak dibuat dalam bentuk live action, pengarah yg layak adalah Pak Hassan dan Yusry KRU, itu pun hanya cadangan.