Nampaknya bukan Autobots dan Decepticons sahaja yang akan menemui penonton pada tahun hadapan, tetapi sebuah lagi robot yang tidak kurang ganasnya. T-800. Kenal model ini? Ya, model untuk filem Terminator.
Sambungan untuk filem Terminator III: Rise of the Machines juga sedang dalam pembikinan. Kali ini diberi judul Terminator Salvation. Jalan ceritanya kali ini menumpukan peperangan antara manusia dengan sistem kepintaran buatan bernama Skynet.
Filem ini akan diarahkan oleh McG (siri TV Supernatural) dan dilakonkan oleh Christian Bale (The Dark Knight) sebagai John Connor, Bryce Dallas Howard (Gwen Stacy dalam Spider Man 3) sebagai Kate Connor, Anton Yelchin sebagai Kyle Reese dan Sam Worthington sebagai Terminator baru bernama Marcus Wright. Filem ini merupakan filem pertama Terminator tanpa kelibat Arnold Schwarzenegger. Bagaimanapun model pertama T-800 akan dilakonkan oleh pelakon dan ahli bina badan Austria iaitu Roland Kickinger. Turut berlakon ialah Helena Bonham Carter sebagai antagonis bernama Serena.
Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 22 May 2009. Dan kelaziman setiap filem box-office Hollywood pasti dimulakan dulu dengan novel yang merupakan prekuel untuk setiap filem yang ditayangkan. Sebuah novel prekuel dan dua 'spin-off' untuk filem ini akan diterbitkan.
TEASER TERMINATOR SALVATION

2 ulasan:
Arnie tak berlakon? macamana tu kan.. Christian Bale lagi? Mak aih.. laku betul mamat tu sekarang. Anyway, thanks for the info.
TQ mahhass...
Arnie sebok la tu, dah jadi gabenor, tapi badan Roland Kickinger tu lebih kurang badan Arnie, except for his face, so guna badan dia jer la untuk gambarkan first model T-800, muka mungkin cover dgn mask ataupun make-up supaya mirip2 Arnie.
Catat Ulasan