Rabu, 2 Julai 2008

QUANTUM OF SOLACE

Quantum of Solace adalah tajuk filem ke-22 James Bond. Ia diterbitkan oleh EON Productions dan diedarkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer dan Columbia Pictures. Ia merupakan sambungan untuk filem James Bond terdahulu iaitu Casino Royale.

Watak James Bond masih lagi dipegang oleh Daniel Craig. Di dalam filem ini Bond digambarkan sebagai seorang agen yang keras kepala dan suka mengambil tindakan sendiri. Kali ini Bond akan menentang Dominic Greene (Mathieu Amalric), seorang penjenayah antarabangsa yang menyamar sebagai penaung dan aktivis untuk satu pertubuhan alam sekitar.

Turut berlakon dalam filem ini ialah Olga Kurylenko yang melakonkan watak Camille, seorang agen Russia dan Bolivia. Pada mulanya Camille merupakan musuh Bond tetapi di pertengahan cerita Camille akan menjadi gandingan Bond untuk menentang Greene.

Lokasi yang dipilih untuk penggambaran filem Quantum of Solace ialah di Panama, Chile, Itali dan Austria, sementara penggambaran lain kebanyakannya dibuat di dalam studio di Pinewood Studios, England.

Untuk menyaksikan trailer filem Quantum of Solace, sila
KLIK SINI.

1 ulasan:

BENTARA berkata...

Daniel Craig best ah jadi James Bond. Ekspresi dia penuh. Filem 007 akan datang ni pastinya aku tunggu!