Khamis, 3 Julai 2008

BERPERANG DENGAN MUTANT


Masanya 400 tahun di hadapan. Di abad ke-23. Satu peperangan hebat akan berlaku. Peperangan di antara empat puak, Bauhaus, Mishima, Capitol dan Imperial. Dan manusia tersepit di tengah-tengah peperangan ini, peperangan antara manusia asli dan mutasi.

Ini adalah plot untuk filem aksi peperangan sains fiksyen terbaru arahan Simon Hunter. Filem berjudul Mutant Chronicles ini diadaptasi daripada permainan video dengan judul yang sama. Filem ini dibintangi oleh Thomas Jane (The Punisher), Ron Perlman (Hellboy), Devon Aoki (2 Fast 2 Furious, Sin City) dan John Malkovich (Beowulf).

KLIK SINI untuk menyaksikan trailer filem yang bergenre peperangan, aksi, sains fiksyen dan seram ini.

Tiada ulasan: