Selasa, 1 Julai 2008

IKIGAMI, FILEM SERAM JEPUN TANPA HANTU RAMBUT PANJANG


Filem-filem seram dari Asia memang mendapat tempat di pasaran antarabangsa dewasa ini. Bermula dengan filem Ringu, kemudian Whispering Corridors, Ju-On dan One Missed Call, semuanya agak sinonim dengan hantu wanita berambut panjang dan berjalan seolah-olah patah tulang, hinggakan siri seram Supernatural pun terikut-ikut dengan gaya hantu seperti ini.

Tetapi kemunculan filem seram seperti Battle Royale, Ishi the Killer dan Death Note telah melarikan sedikit imej filem-filem seram daripada Jepun ini di mana keseraman dan ketakutan tidak lagi bertumpu kepada wajah atau kelibat hantu yang menakutkan sebaliknya kepada aksi-aksi ganas dan juga permainan sinematografi yang boleh membuatkan penonton berdebar-debar dan tidak senang duduk.

Ikigami adalah filem seram terbaru dari Jepun yang tidak menampilkan kelibat hantu wanita berambut panjang. Ia berdasarkan daripada manga karya Motoro Mase yang mengisahkan tentang negara Jepun diperintah oleh kerajaan yang mahukan rakyatnya menjadi rakyat yang produktif.

Individu yang dikesan sebagai tidak produktif akan diberikan nota kematian (Ikigami) dimana individu tersebut akan dihapuskan dalam masa 24 jam. Walaupun filem ini merupakan filem seram namun ia menyelitkan juga unsur-unsur emosi dan kekeluargaan terutama kepada watak yang mengetahui dirinya akan mati dalam masa 24 jam. Filem yang menarik dan lain dari filem-filem seram Jepun yang sedia ada.

KLIK SINI untuk menyaksikan trailer filem ini.

Tiada ulasan: