Jumaat, 27 Jun 2008

TOM HANKS KEMBALI SEBAGAI ROBERT LANGDON

Tom Hanks akan kembali semula ke layar perak sebagai watak Robert Langdon, seorang profesor Harvard yang pakar tentang ikon dan simbologi agama untuk prekuel (kalau mengikut turutan novel) filem The Da Vinci Code.

Filem itu berjudul Angels and Demons yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama, ditulis oleh Dan Brown. Filem ini akan diarahkan oleh Ron Howard.

Ia mengisahkan Profesor Robert Langdon yang diminta oleh
CERN untuk menyiasat satu kes pembunuhan dimana mayat yang ditemui dilakar dengan ambigram Illuminati.

Angels and Demons adalah siri pertama untuk watak Robert Langdon, ia diikuti dengan The Da Vinci Code dan yang terakhir adalah The Solomon Key.

Tiada ulasan: