Rabu, 9 Julai 2008

DRAGONBALL VERSI STEPHEN CHOW


Yep! Stephen Chow Sing Chi (Shaolin Soccer, CJ7) menerbitkan filem cereka Dragonball yang diadaptasi daripada manga dan anime Dragonball. Filem ini turut diterbitkan dan diarah oleh James Wong (penulis siri The X Files dan pengarah filem Final Destination). Ia dijangka ditayangkan pada 10 April 2009 dan kemungkinan ada sambungan (sekuel) untuk filem ini.

Filem ini dibintangi oleh Justin Chatwin (The Invisible), James Marsters (Dr. Milton Fine dalam siri TV Smallville), Chow Yun-Fatt dan Jamie Chung.

Plotnya sama dengan anime dan manga Dragonball yang mengisahkan Goku (Justin Chatwin) akan mempertahankan dunia dan mutiara naga (dragon balls) daripada dikuasai oleh penjahat Lord Piccolo.

Dikhabarkan filem Dragonball akan dibuat dalam bentuk trilogi dan pelakon James Marsters hanya menandatangani kontrak untuk dua filem Dragonball.

2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

filem Stephen Chow yang lepas, aku tengok kat wayang, rasa macam rugi je beli tiket. Tak best.

Harap Dragonball ni best. Tapi ni cerita serius ke cerita lawak?

zulazahari berkata...

Bentara,

Film Stephen Chow yg lepas, film CJ7 ker, ramai yg kata x best, tapi aku rasa tu cubaan Stephen Chow nak buat perubahan dlm film2 dia, sebab film2 dia sblm nie merapu, CJ7 nie ada main emosi sikit, Dragonball kalau ikut sinopsis dlm IMDB film nie film serius, mungkin ada sikit komedi, tapi aku risau film nie jadi mcm Forbidden Kingdom, ingatkan best sgt tapi biasa jer.