Khamis, 3 Julai 2008

DENDAM MELALUI CERMIN

Lagi filem Asia di 'remake'. Tetapi kali ini bukan hasil kerja pengarah Hollywood, sebaliknya daripada pengarah filem seram Perancis yang sedang meningkat naik, Alexandre Aja. Kalau anda pernah menonton filem High Tension (Haute Tension) dan remake untuk filem The Hills Have Eyes, pasti anda tahu tahap mana keseraman filem ini.

Mirrors adalah remake daripada filem seram Korea Selatan Into The Mirror. Sebuah kompleks membeli-belah telah digemparkan dengan beberapa kejadian pembunuhan misteri. Ben Carson (Kiefer Sutherland) selaku ketua bahagian keselamatan kompleks tersebut ditugaskan untuk menyiasat kejadian itu. Ben menghadapi tugas yang berat kerana dia juga terpaksa berdepan dengan kegiatan demonstrasi di luar kompleks tersebut. Beberapa ahli keluarga kakitangan kompleks itu menuntut agar pihak pentadbiran membayar pampasan kepada mereka atas kejadian kebakaran di pasaraya itu yang telah meragut beberapa nyawa.

Ben kemudian bertemu dengan seorang gadis pelik yang merayau-rayau di dalam kompleks membeli-belah tersebut. Gadis itu mendakwa kakaknya telah mati sewaktu kebakaran di kompleks itu dan kini ia menggunakan cermin di dalam kompleks membeli-belah sebagai laluannya daripada alam roh ke dunia untuk membalas dendam.

Aku telah menyaksikan trailer filem ini dan memang ianya membuatkan aku tak senang duduk. Untuk menyaksikannya klik
MIRRORS.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

dia punya intro memang meremang tapi selalunya filem horror ni fail to deliver ah. Tapi aku masih ada high hopes.

Blog ko aku dah link ke wayanggambar bro!