Khamis, 10 Julai 2008

APABILA MESIN MAHU BERKUASA


Satu ini sajalah filem yang diarahkan oleh Stephen King. Stephen King enggan mengarahkan filem lagi selepas itu, mungkin serik agaknya. Entah apa silapnya Stephen King telah menerima anugerah 'Worst Director' untuk Golden Raspberry Awards pada tahun 1987. Malahan Stephen King sendiri menyifatkan filem yang diarahnya adalah sebuah filem bodoh. Ironiknya, filem ini dicalonkan sebagai Filem Terbaik di International Fantasy Film Awards pada tahun 1988.

Maximum Overdrive diadaptasikan daripada cerpen karangan Stephen King sendiri berjudul
Trucks. Cerpen Trucks ini turut diadaptasi sebagai sebuah drama TV pada tahun 1997 dengan judul yang sama.

Sebuah komet telah melepasi atmosfera bumi dan membebaskan radiasi yang menyebabkan semua jentera dan mesin di bumi berfungsi dengan sendirinya. Sementara itu di sebuah restoran bernama Dixie Boy, sekumpulan pelanggan dan pekerja restoran itu menjadi tebusan beberapa buah trak yang menuntut agar mereka membekalkan diesel kepada trak-trak tersebut.

Di akhir cerita, sebuah satelit 'kajicuaca' Soviet berjaya menembak UFO yang menyebabkan mesin-mesin dan jentera-jentera di bumi tidak lagi berfungsi.

Filem ini dibintangi oleh Emilio Estevez, Pat Hingle, Laura Harrington dan Stephen King sendiri sebagai cameo. Kumpulan rock AC/DC turut berlakon dalam filem ini kerana AC/DC adalah band kegemaran Stephen King. AC/DC menyumbangkan beberapa lagu untuk soundtrack filem ini antaranya Who Made Who? dan Hells Bells.

1 ulasan:

mahhass berkata...

Aku ada terjumpa filem ni kat video rental. Tapi berat sikit nak sewa. Anyhoo, thanks for the info. Keep on posting.