Isnin, 16 Jun 2008

OUTLANDER

Sebuah lagi filem epik fantasi, yang disulami dengan sains fiksyen akan datang ke pawagam. Outlander, diarahkan oleh Howard McCain, dikatakan sebagai gabungan filem Braveheart dan Highlander.

Kisahnya bermula apabila sebuah kapal angkasa terhempas di kawasan Norway sewaktu zaman Viking sedang memerintah. Bersama-sama kapal angkasa tersebut adalah seorang tentera bernama Kainan dan tahanannya, seekor makhluk ganas bernama Moorwen. Moorwen telah terlepas dari tahanan dan membunuh puak Viking yang ditemuinya.

Kainan telah membuat pakatan bersama-sama pahlawan Viking. Dengan teknologi dari angkasa lepas bersama pedang dan kapak, Kainan dan pahlawan-pahlawan Viking memburu Moorwen untuk menghapuskannya, sebelum ia menghapuskan mereka.


Sophia Myles

Ia dilakonkan oleh James Caviezel, Sophia Myles (siri TV Moonlight), Jack Huston, Ron Perlman dan John Hurt.

Tiada ulasan: