Isnin, 9 Jun 2008

HARDCASTLE DAN MCCORMICK


Hardcastle and McCormick aku rasakan bukanlah sebuah siri televisyen yang popular di Malaysia dulu, tetapi aku menyukai siri ini kerana ia diterbitkan oleh produser televisyen yang aku minati iaitu Stephen J. Cannell.

Banyak siri-siri Stephen J. Cannell yang aku minati antaranya ialah Hunter, The A. Team, Baa Baa Black Sheep, Stingray, Greatest American Hero dan 21 Jump Street. Kenapa aku menyukai cerita-cerita Stephen J. Cannell ialah kerana gaya ceritanya yang agak 'advanced' dan bukan 'skema' seperti siri-siri Glen A. Larson.

Kini Stephen J. Cannell tidak lagi menerbitkan siri televisyen tetapi bergerak aktif sebagai penulis dan novelis. Dia juga pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa siri televisyen.

Hardcastle and McCormick mengisahkan tentang seorang hakim yang bersara iaitu Judge Milton C. 'Hardcase' Hardcastle (Brian Keith) dan bekas pencuri kereta Mark McCormick (Daniel Hugh-Kelly) telah menubuhkan sebuah agensi penyiasatan dan memberkas penjenayah menggunakan cara mereka sendiri. Yang menarik tentang Hardcastle and McCormick adalah model kereta yang digunakan iaitu Coyote X yang direka khas untuk siri ini. Ia direka berdasarkan model
McLaren M6BGT yang dibina oleh Manta Montage. Seperti BJ and the Bear, kereta ini juga popular di kalangan kanak-kanak dan dikeluarkan dalam bentuk model mainan.

Tiada ulasan: