Jumaat, 23 Mei 2008

RATU LANGKASUKA


Selepas kejayaan filem epik Melayu dan Nusantara Puteri Gunung Ledang (aku anggap filem ini berjaya walaupun banyak pertikaian dan kontroversi tentang filem ini) kini muncul lagi sebuah filem epik Nusantara, bukan dikeluarkan oleh Malaysia mahupun Indonesia tetapi dari negara Gajah Putih Thailand.

The Queen of Lung-Gasuka ataupun dalam bahasa Melayunya Ratu Langkasuka diarahkan oleh Nonzee Nimibutr yang telah mengarahkan filem-filem epik Siam seperti Nang Nak dan Jan Dara. Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat.

Ia mengisahkan tentang kekuatan negeri Langkasuka (panggilan untuk Kedah lama) terutama di atas kekuatan senjata meriamnya membuatkan raja-raja di negeri yang berhampiran membuat pakatan dengan lanun untuk mengalahkan dan menawan Langkasuka.

Bilakah agaknya Malaysia akan mengeluarkan filem epik yang terbaru. Filem Lembing Awang Pulang ke Dayang belum lagi ditayangkan. Banyak kisah-kisah epik Melayu Nusantara yang boleh difilemkan, antaranya ialah Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Raja Bersiong, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya. Banyak kisah-kisah dari Hikayat Hang Tuah juga boleh difilemkan, antaranya seperti pengembaraan Hang Tuah ke negeri Rom, ke negeri China, kisah Hang Tuah menjinakkan kuda liar atas arahan Sultan dan banyak lagi kisah-kisah menarik tentang Hang Tuah, bukan setakat melarikan Tun Teja ataupun kejayaannya membunuh Hang Jebat sahaja.

Untuk menyaksikan trailer filem The Queen of Lung-Gasuka ini sila scroll ke bawah.

Tiada ulasan: