Isnin, 12 Mei 2008

PESANAN KEPADA KAWAN-KAWANKU


Pertama sekali aku minta maaf kepada kawan-kawanku kerana entri ini. Aku tahu entri ini adalah sensitif kepada mereka yang 'die hard smoker' tetapi disebabkan oleh perasaan sayangku kepada kawan-kawan maka aku 'publish' juga entri ku ini.

Aku harap kawan-kawanku dan juga mereka yang suka merokok agar berusaha menghentikan tabiat ini kerana beberapa sebab. Antaranya ialah :

1) Merokok dapat membawa kepada pembaziran. Menurut statistik yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang perokok yang telah merokok selama 20 tahun dan menghisap rokok sebanyak 20 batang sehari, telah membelanjakan lebih kurang RM38,000 untuk membeli rokok.

2) Merokok juga seumpama membunuh diri secara perlahan-lahan. Terdapat lapan jenis racun yang terkandung di dalam sebatang rokok. Antaranya ialah aceton (racun yang digunakan sebagai 'thinner' ataupun penanggal cat), toluidine (pelarut industri), ammonia (pencuci lantai), methanol (bahan api roket), naphtalene (ubat gegat), DDT (racun serangga), butane (gas untuk 'lighter' atau pemetik api, dan hydrogen cyanide (gas yang digunakan untuk membunuh).

3) Merokok juga boleh dikategorikan dalam perbuatan yang haram walaupun setakat ini belum ada fatwa yang dikeluarkan secara rasmi, rasanya sudah ada tetapi tidak diendahkan. Bagaimanapun ia boleh dikategorikan sebagai haram jika merujuk kepada ayat ini:

"Mereka menyuruh dengan kebaikan dan menegah daripada kemungkaran, dan Dia (Allah) telah menghalalkan bagi kamu segala yang baik-baik dan mengharamkan ke atas kamu segala yang jijik dan kotor." (Al-Qur'an, Surah Al- A'araf : 157).

Jadi merokok merupakan perbuatan yang kotor dan mengundang mudarat kepada diri sendiri dan juga kepada mereka yang berada di sekitar kita. Keputusan terletak di tangan kita sendiri untuk berubah kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dari laman blog Faisal Tehrani di www.tehranifaisal.blogspot.com

Tiada ulasan: