Selasa, 6 Mei 2008

FILEM GORE YANG PERTAMA DI DUNIA


Kalau dalam entri sebelum ini aku pernah menulis tentang filem seram yang pertama di dunia, kali ini aku ingin memberikan informasi tentang filem 'gore' yang pertama di dunia.

Filem yang boleh dikategorikan sebagai filem 'gore' kerana adegannya yang agak melampau dan mengerikan ialah sebuah filem pendek berjudul The Execution of Mary Stuart yang diterbitkan pada tahun 1895. Filem ini diterbitkan oleh Thomas Edison (ya, pencipta lampu mentol tu) dan diarahkan oleh Alfred Clark.

Filem ini mengisahkan tentang Mary Stuart ataupun Mary, Queen of Scots dikenakan hukuman pancung. Mary Stuart telah diikat dan ditutup matanya kemudian dibawa ke tempat hukuman. Filem ini memaparkan hukuman pancung tersebut secara terang-terangan.

Filem ini juga boleh dikatakan filem pertama yang menggunakan kesan khas (special effects). Pelakon wanita yang hendak dipancung itu telah digantikan dengan patung. Di akhir filem, sang algojo menjulang kepala wanita yang telah dipancung itu.

Kalau ingin menonton filem itu sila klik sini

Tiada ulasan: