Selasa, 6 Mei 2008

DARIPADA PEMBUNUH PONTIANAK KE PEMBUNUH ZOMBI


Wesley Snipes kembali tetapi kali ini sebagai pembunuh zombi di dalam filem koboi seram terbaru Gallow Walker. Filem ini diarahkan oleh Andrew Goth dan dijangka ditayangkan pada tahun 2009.

Filem ini mengisahkan tentang Aman (Wesley Snipes), seorang pemburu penjenayah yang telah terkena sumpahan. Sesiapa yang dibunuh oleh Aman akan hidup kembali sebagai zombi dan akan memburunya untuk membalas dendam. Aman bertemu dengan Fabulous (Riley Smith) seorang penembak dan mereka bergandingan untuk menghapuskan zombi-zombi yang semakin bertambah.

Pada asalnya, Chow Yun-Fat telah dipilih untuk berlakon sebagai seorang pemburu penjenayah bernama Relik yang mempunyai kebolehan berkung-fu dan bermain senjata api. Tetapi kemudian pihak penerbitan beralih arah kepada Wesley Snipes.

Untuk menyaksikan trailer filem ini sila
klik sini

Tiada ulasan: