Datuk Hajjah Siti Nurhaliza muncul sebagai 'cameo' dalam filem Zaleha Ayam Patah
FILEM GENERASI BARU: BEBERAPA NOTA PILIHAN DAN ZALEHA AYAM PATAH OLEH FAISAL TEHRANI
Nota ini dibincangkan dalam forum 'Kemunculan Filem Generasi Indie Dalam Mewarnai Sinema Malaysia: Pandangan dan Pendapat' di Fakuliti Teknologi Kreatif dan Artistik, Puncak Perdana, UiTM Shah Alampada 22 Mac 2006 lalu)
APAKAH yang dimaksudkan dengan generasi indie di dalam forum ini? Di Amerika Syarikat filem independen dirujuk sebagai:
An independent film (or indie film) is a film initially produced without financing or distribution from a major movie studio. Often, films that receive less than 50% of their budget from major studio are also considered "independent"[1].
Di dalam konteks Malaysia kerana kita tidak memiliki studio perfileman yang benar-benar besar atau ‘major’ dan hampir semua filem kita memang bergelut dengan kepayahan untuk menghimpun pendanaan maka dapatlah dikatakan fenomena indie tidak wujud di negara ini. Apa yang ada ialah generasi karyawan filem baru.
Di Amerika fenomena indie telah dikaitkan dengan kebanjiran filem-filem pendek sebagai latihan awal generasi baru karyawan mereka[2]. Saya kira dalam hal ini, ada persamaan antara Malaysia dan Hollywood. Persamaan yang dimaksudkan ialah fenomena indie sering dikaitkan dengan filem pendek. Filem pendek pula lazimnya memiliki satu nilai iaitu ‘educational’. Dalam hal ini saya ingin membawa perbincangan saya ke satu arah yang sedikit berbeza tetapi masih relevan iaitu masih menyentuh fenomena fenerasi karyawan baru filem kita di sini. Saya ingin menyebut mengenai Zaleha Ayam Patah. Terdapat banyak filem generasi baru yang boleh saya rujuk dan bincangkan di sini seperti Bukak Api, Rabun, Sepet, Big Durian, Gedebe, Pua atau Malaikat Di Jendela tetapi saya juga terpaksa meletakkan pertimbangan moral dan nilai kualiti naratif. Justeru Zaleha Ayam Patah adalah pilihan yang selamat.
Saya ingin merujuk filem pendek Zaleha Ayam Patah kerana beberapa hal yang akan diturunkan kelak. Proses pembikinan filem ini telah dilakukan secara mainstream, prosesnya juga konvensional tetapi produknya bagaimanapun di luar mainstream. Apa yang dimaksudkan di luar jalur utama?
Ada beberapa hal yang memukau di sini. Pertamanya, tentu sekali kelainan yang ditawarkan oleh Zaleha Ayam Patah itu sendiri. Sebagai sebuah filem pendek, naratif yang dikemukakan terkeluar dari jalur klasik gaya Hollywood. Jalur penceritaannya tidak kronologikal, plotnya berjungkir balik dengan imbas muka dan kembali, bersertakan kepelbagaian point of view, Shahrul Azli sebagai pengarah berhati-hati menggunakan zoom, tangkapan dekat atau close-up yang memberi makna budaya penuh terselindung, dan pergerakan kamera yang memberikan efek emosi sambil mencabar minda serta intelektual penonton. Khalayak yang kurang bercermat akan terlepas memahami fakta penting cerita atau lebih malang tidak mendapat mesej filem yang sungguh bererti. Malah itu adalah kesan awal setelah menonton Zaleha Ayam Patah, setelah berkali-kali ditonton Zaleha ternyata memiliki lapis demi lapis yang perlu terus dikupasi.
Zaleha Ayam Patah adalah sebuah kisah menyayat hati tentang seorang perempuan capik bersemangat besar, kuih bahulu dan zapin dengan gerakan luar biasa.
Zaleha Ayam Patah adalah secebis kisah mengenai budaya Melayu Johor yang didobrak budaya kuning. Budaya adalah teks kepada kehidupan kita. Budaya adalah satu bentuk kepercayaan, tindak, respon dan artifak yang kita lahirkan dan membentuk kita setiap hari. Kita hampir menyangka hanya buku sahaja satu budaya, sesungguhnya apa sahaja yang melampaui batas dan menelurkan makna adalah satu budaya meskipun ia mempunyai aspek bertentangan. Hari ini budaya dilihat sebagai satu bahagian hidup yang lebih kecil seperti produk catan, seni muzik, novel dan pementasan, tarian dan filem. Komoditi budaya menjadi sebahagian dari kehidupan bermasyarakat.
Zaleha Ayam Patah adalah sebuah filem seputar budaya yang hampir terhakis, sebuah budaya yang dilanggar oleh budaya lainnya kerana keterbukaan yang tidak terkawal. Zaleha adalah lambang budaya itu sendiri, capik tetapi masih mahu pergi jauh, sendiri dan yatim tetapi masih gigih mahu maju ke hadapan dan Zaleha bukan sekadar gadis yang terpesona oleh zapin, zapin itu satu budaya pada dirinya, pada masyarakatnya, satu kepercayaan, satu kehidupan dan apabila dirinya dilanggar oleh anak-anak bunga dengan muzik bingit, ciuman mesra, bersilih rokok, bercitra kusam dan ketawa liar maka bukan sahaja Zaleha yang terkujur tetapi keseluruhan nilai dan norma kehidupan masyarakat.
Zaleha Ayam Patah mengisahkan dunia Zaleha yang meniti keremajaan tanpa teman-teman, penuh cabaran kerana penderitaan menjadi satu manusia terasing. Dalam satu kampung yang menajdikan zapin darah daging, tidak dapat menari zapin kerana kakinya cacat adalah satu kesengsaraan yang tak terkongsikan. Apatah pula ibu bapa Zaleha adalah ikon zapin kampung tersebut. Rentak dan ragam zapin bersulam merdu dan alun ghazal dalam tahun 50an dan 70an membuka filem.
Seorang doktor, orang asing yang ghairah dan teruja oleh kelainan kampung yang dipantaunya tergamam oleh kisah-kisah tari yang lain dari kebiasaan. Maka apabila kisah Zaleha si capik yang dapat mengulik mengolek gerak ayam patah yang susah, doktor itu percaya sakit budaya, sakit jiwa dilanda nilai jahat dan tanpa moral menjadi ukuran bahawa dunia tanpa sempadan, terbukaan adalah satu kemalangan.
Puteh Mariam mungkin sekadar pembakar bahulu, Zaleha mungkin sekadar penjajanya tetapi bahulu dan zapin, dunia perempuan yang sepi dan terasak ini bukan satu mainan emosi penulis semata.
Zaleha Ayam Patah diterbitkan oleh Uniputra Production, Universiti Putra Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Perfileman Nasional adalah sebuah filem pendek (25 minit) yang menampilkan antara lain Siti Hanizah Hayon (sebagai Zaleha), Rosnah Johari (melakonkan watak Puteh Mariam), Samad Salleh (membawa watak tuk penghulu), Eman Manan (memegang peran sebagai Dr. Rahman), Mohd Zaidi Karim (sebagai Hasmat) dan Hasnul Rahmat (melakonkan watak hippies).
Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Shahrul Azli Mohd Shukor dengan bantuan Mohd Shoffi Jikan, Ahmad Fidza Mahat, Rahimi Maidin Ismail (kamera), Ahmad Redzuan Rahmad (pencahayaan), dengan muzik digubah oleh Ayob Ibrahim. Siti Nurhaliza Tarudin ditampilkan sebagai penyanyi ghazal.
Sebagai sebuah filem pendek dari generasi muda di manakah duduknya Zaleha Ayam Patah?
Saya mengangkat Zaleha Ayam Patah dalam forum ini kerana merasakan subjek filem ini sangat signifikan dalam konteks perkembangan filem Malaysia secara keseluruhan. Sebagai ‘pengkritik’ atau sekadar ‘moviegoer’ pada saya Zaleha Ayam Patah boleh menjadi model contoh. Zaleha Ayam Patah sebagai filem mempunyai asas ketamadunan yang kuat dan tidak mengada-ngada.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga perkara asas yang akan dilihat oleh pengkritik. Tiga asas ini akan menjadi kayu ukur, atau penanda aras apakah filem tersebut layak untuk menerima pujian dan dorongan supaya penonton digalakkan menontonnya atau menjadi satu igauan ngeri kerana pengkritik merasakan adalah tidak berbaloi karya tersebut ditonton malah dibikin sekalipun.
Aspek pertama yang dilihat dan merupakan aspek paling dasar ialah naratif. Terdapat dua bahagian pada naratif iaitu cerita. Yang kedua ialah plot iaitu struktur cerita atau sebab dan akibat. Bagi sebuah naratif klasik mengikut gaya Hollywood terdapat empat ciri khas yakni perkembangan plotnya logikal dan bertalian atau boleh ditalikan antara satu sama lain. Ciri kedua ialah terdapatnya penutup atau dikenali sebagai ending. Ciri ketiga ialah cerita berpusat pada karektor. Ciri terakhir nan lazim dirujuk ialah gaya naratif yang objektif. Contoh naratif klasik Hollywood? Filem One Million Dollar Baby yang memenangi filem terbaik dalam anugerah Oscar tahun lalu adalah satu contoh paling ketara. Filem-filem di Malaysia hampir semuanya mengikut gaya naratif Hollywood. Sebuat sahaja filem Datuk Yusuf Haslam mahupun Abdul Razak Mohaideen.
Filem yang lari dari empat ciri di atas dengan sendirinya tidak termasuk dalam naratif Hollywood dan untuk kebanyakan penonton kita, mereka tidak terbiasa dengan ketiadaan empat ciri di atas. Filem yang menampung plot jungkir balik atau tidak tersusun misalnya atau filem yang tidak diketahui ending, kesudahan yang tergantung dan memerlukan tafsiran sendiri serta cerita yang lebih berpusat kepada isu atau subjek dengan gaya naratif yang subjektif dianggap sangat memeningkan. Audien kita yang kurang terbiasa dengan gaya di luar Hollywood biasa akan marah-marah dan melabel filem tersebut ‘sukar diikuti’. Sedangkan bagi pengkritik yang memahami secara jelas duduk dan letak sesuatu perkara dan aspek sering akan mengalu-alukannya. Justeru audien dan pengkritik juga dilihat sebagai bermusuh. Contoh filem seumpama ini ialah Paloh yang memenangi Festival Filem Malaysia beberapa tahun lalu (arahan Adman Salleh) dan filem pendek Zaleha Ayam Patah. Kelemahan aspek naratif biasanya dinilai berdasarkan apakah ia klise atau stereotaip. Juga apakah ia logik atau tidak. Ini terkesan pada skrip itu sendiri. Perkara ini juga meliputi kekuatan dan kelemahan karektor apakah ada sebarang kontradiksi yang mencacatkan watak dan perwatakan termasuk kekuatan permainan sudut pandangan atau point of view. Secara mudahnya sudut pandangan ialah posisi pemaparan apa yang penonton lihat dan saksikan, iaitu implikasinya bagaimana sudut pandangan tersebut menentukan apa yang anda sebagai penonton sedang menonton.
Aspek kedua yang diperhatikan pengkritik ialah Mise en scene. Perkataan mise en scene ini adalah satu istilah Perancis yang secara mudahnya bagi orang filem bermaksud apa yang diletakkan dalam kamera (atau apa sahaja yang dapat dilihat dalam lingkungan kamera). Antara aspek yang dapat dilihat menerusi pandangan kamera tentunya lokasi atau latar (setting). Pada filem-filem tertentu latar sangat memainkan peranan penting kerana dapat memberi makna, sebagai contoh filem Cabinet of Dr Caligari yang menimbulkan minat penonton berbanding watak yang ada dalam filem tersebut. Latar dalam filem tersebut terkesan oleh falsafah ekspresionis. Aspek lain tentulah pelakon itu sendiri. Tentulah lakonan menjadi satu hal yang sangat subjektif untuk dikritik iaitu apakah ia stylized acting (seperti Shahrukh Khan) atau mannered style (seperti lakonan Meryl Streep) atau neorealist (pelakon-pelakon tidak mempunyai pengalaman dan dipilih kerana alasan tersebut, contohnya pelakon-pelakon dalam filem arahan Abbas Kariostami atau mudahnya watak Zaleha dalam Zaleha Ayam Patah).
Hal lain dalam mise en scene yang menjadi nilaian pengkritik ialah kostum. Kostum boleh memberi impak tertentu dalam filem. Kostum dalam filem-filem seperti siri Harry Porter, Lord of The Rings atau Star Wars sangat memain peranan penting. Dalam Zaleha Ayam Patah sebagai contoh, songket yang dikenakan oleh penyanyi ghazal lakonan Siti Nurhaliza berusia lebih 100 tahun di mana benangnya adalah dari benang emas. Pakaian tersebut dijahit khas dari sehelai kain yang tersimpan lama untuk dipakai oleh Siti Nurhaliza dalam filem ini. Siti tampak menyerlah untuk adengan kemuncak Zaleha Ayam Patah.
Aspek lain yang menjadi pantauan pengkritik ialah pencahayaan. Secara mudahnya bagaimana karektor dan objek atau adengan dicerahkan samada dengan pencahayaan semulajadi seperti matahari atau sumber artifisal seperti lampu. Pencahayaan sangat penting fungsinya kerana ia memboleh pengarah mendorong perhatian penonton dengan cara tersendiri atau menimbulkan satu suasana tersendiri seperti seram dan sebagainya.Bagi sesetengah pengkritik teliti mereka akan turut memerhatikan aspek shot, iaitu bagaimana imej dan komposisi diletakkan selain menilai aspek editing atau suntingan filem. Suntingan yang tidak kemas akan mengganggu jalinan cerita malah akan kelihatan terputus-putus dan menyebabkan adengan tidak logik. Suntingan Zaleha Ayam Patah boleh dikemaskan lagi tetapi memandangkan ini adalah arahan pertama Shahrul Azli, ia dapat dikira sederhana.
[1] en.wikipeda.org
[2] Ibid.
Entri ini dipetik daripada laman blog Faisal Tehrani di www.tehranifaisal.blogspot.com.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan