Isnin, 28 April 2008

INDIANA JONES DAN NEGARA TENGKORAK KRISTAL


Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull, filem keempat dalam siri Indiana Jones. Kisah Indiana Jones kali ini berlatarkan tahun 1957 (Malaya mencapai kemerdekaan, he he, saja nak buat kaitan). Indiana Jones (Harrison Ford) kini sudah tua, berusia 64 tahun, hanya menghabiskan masa mengajar arkeologi di universiti (dah tak pergi adventure lagi). Hinggalah perang dingin bermula antara Amerika Syarikat dengan USSR (Soviet Union). Indiana Jones dipanggil semula oleh kerajaan AS untuk menjejaki di manakah letaknya Crystal Skull, sejenis tengkorak yg diperbuat drpd kristal. Kononnya tengkorak kristal ini mempunyai kuasa ajaib dan kerajaan Soviet juga sedang menjejaki tengkorak tersebut. Disebabkan Indiana Jones sudah tua maka pergerakannya tidak lagi sehebat dulu, bagaimanapun dia dibantu oleh seorang remaja 'mat rempit', Mutt Williams (Shia LaBeouf). Untuk menyaksikan trailer Indiana Jones sila klik Indiana Jones

Tiada ulasan: