Isnin, 28 April 2008

DI SEBALIK PEPERANGAN ADA YANG LEBIH MENAKUTKAN

Minat dengan filem perang? Minat jugak dengan filem seram? Apa kata kalau tengok filem perang yang ada unsur seram.


R-Point - Sebuah filem Korea yang mengisahkan tentang sepasukan tentera Korea yang bermasalah (plot lebih kurang filem Dirty Dozen dan The Apocalypse Now) yang diketuai oleh Lt. Choi Tae-in menjalankan satu misi untuk mencari dan menyelamatkan beberapa orang tentera dari Batalion 53 di sebuah pulau 150 kilometer dari selatan Saigon. Tempat itu dikenali sebagai R-Point. Filem ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama filem ini banyak memaparkan aksi peperangan antara pasukan Lt. Choi dan tentera Vietcong dalam usaha pencarian manakala bahagian kedua pula adegan yang mendebarkan dan penuh misteri apabila semakin hampir ke R-Point dan kelibat hantu mula kelihatan.


Stone's War - Filem yang berlatarkan Perang Dunia Kedua ini mengisahkan tentera Amerika yang bergabung dengan tentera Finland telah berjaya menggempur kubu tentera Jerman. Malangnya kubu tentera Jerman begitu kebal menyebabkan pasukan askar gabungan itu terpaksa berundur ke satu kawasan yang agak asing. Agak malang lagi bagi mereka kerana di tempat ini ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang menunggu mereka.


1942 - Filem ini diarahkan oleh pengarah filem Singapura iaitu Kelvin Tong. Ia mengisahkan tentang beberapa orang tentera Jepun yang terselamat daripada serangan mortar. Mereka cuba ke Kuala Lumpur untuk membawa rakan mereka yang cedera untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun mereka telah tersesat di dalam hutan manakala frekuensi radio mereka tidak berfungsi. Dalam masa yang sama mereka diekori oleh satu lembaga misteri.

Tiada ulasan: