Rabu, 9 Januari 2013

Iklan Muslimah UNICEF

Ini adalah iklan kempen pentingnya pelajaran kepada wanita di negara-negara Islam anjuran UNICEF.

Secara peribadi aku rasakan iklan ini agak kreatif kerana ia cuba menjaga sensitiviti kedua-dua belah pihak iaitu bagi pihak masyarakat Islam dan masyarakat barat yang tidak memahami Islam.

Wanita Muslim perlu menjaga auratnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya. Ada sesetengah wanita Muslim yang memakai burqa dan hanya menampakkan kedua-dua matanya sahaja.

Bagi masyarakat barat pula pemakaian burqa atau hijab entah kenapa telah menjadi sesuatu yang sensitif dan menyebabkan banyak institusi ataupun sekolah mengeluarkan larangan memakai hijab dan burqa.

Meskipun UNICEF tidak menggambarkan muslimah yang berhijab atau memakai burqa sebagai model namun sekurang-kurangnya UNICEF bijak untuk menyampaikan kempennya tanpa sebarang kontroversi.

sumber:

Tiada ulasan: