Selasa, 22 Mei 2012
The Dark Knight Rises, episod terakhir Batman arahan Christopher Nolan
The Dark Knight Rises merupakan filem terakhir trilogi Batman arahan Christopher Nolan.
Christopher Nolan telah berjaya menjadikan Batman sebagai adiwira kegelapan, yang sering dihantui emosi akibat kehilangan kedua ibu bapanya dalam Batman Begins, kemudian kehilangan kekasihnya dalam The Dark Knight dan kini seluruh dunia ingin menyaksikan kesudahan kisahnya. Adakah riwayat Batman akan ditamatkan di dalam filem ini?
The Dark Knight Rises mengisahkan kehidupan Bruce Wayne setelah lapan tahun kejadian di dalam filem The Dark Knight, di mana Batman telah menghilangkan diri dari Gotham City.
Batman kini menjadi buruan pihak polis kerana dikatakan bertanggungjawab atas kematian Harvey Dent walaupun Penguasa Gordon mengetahui kisah sebenar.
Kejadian jenayah semakin menjadi-jadi di Gotham City ditambah pula dengan beberapa kejadian rompakan yang dilakukan oleh seorang wanita digelar Catwoman. Keadaan menjadi semakin buruk apabila seorang pengganas bernama Bane tiba di Gotham City.
Christian Bale kembali membawakan watak Bruce Wayne/Batman, begitu juga dengan Gary Oldman yang membawakan watak penguasa polis James Gordon. Watak Alfred Pennyworth masih lagi dilakonkan oleh Michael Caine manakala Morgan Freeman kembali dengan watak Lucius Fox.
Watak-watak antagonis pula dibawakan oleh Anne Hathaway sebagai Selina Kyle/Catwoman, Tom Hardy sebagai Bane dan Josh Pence melakonkan watak Ra's al Ghul sewaktu muda manakala watak Ra's al Ghul yang lebih berumur dilakonkan oleh Liam Neeson.
Perbezaan antara watak Bane dan Joker di dalam filem The Dark Knight adalah Joker digambarkan sebagai seorang yang mampu mencetuskan huru-hara dan menganggap sesuatu itu sebagai jenaka dan menggelikan hati manakala Bane lebih bertumpu kepada kekuatan fizikal dan dalam masa yang sama seorang yang pintar.
Cillian Murphy yang melakonkan watak antagonis Dr. Jonathan Crane/Scarecrow dalam filem Batman Begins akan muncul sebagai cameo dalam filem ini.
Pelakon lain yang turut membintangi The Dark Knight Rises ialah Joseph Gordon-Levitt sebagai anggota polis unit khas John Blake, Marion Cottilard sebagai Miranda Tate iaitu salah seorang ahli lembaga pengarah Wayne Enterprises, Nestor Carbonell sebagai Anthony Garcia iaitu Datuk Bandar Gotham City, Alon Abutbul sebagai Dr. Leonid Pavel seorang saintis gila, Juno Temple sebagai remaja Gotham City, Mathew Modine sebagai Nixon, Brett Cullen sebagai hakim, Chris Ellis sebagai paderi dan Aiden Gillen sebagai ejen CIA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan