Isnin, 20 Jun 2011

Adegan menari dalam susu


Pernah tonton filem Singin' in the Rain? Filem komedi muzikal yang dikeluarkan pada tahun 1952, dibintangi oleh Gene Kelly dan diarahkan sendiri oleh Gene Kelly bersama-sama Stanley Donen. Apa yang menariknya dalam filem ini, babak di mana Gene Kelly menari di dalam hujan sebenarnya bukanlah menari di dalam hujan sebaliknya menari sambil dihujani oleh susu. Kenapa terjadi demikian? Baca entri ini seterusnya.

Ketika era 50'an, adalah sangat sukar untuk merakamkan titisan hujan kerana teknologi dan kamera yang digunakan pada waktu itu tidak seperti peralatan yang digunakan pada zaman sekarang. Jadi, untuk menampakkan titisan hujan tersebut, susu telah dicampurkan dengan air agar ia kelihatan lebih jelas.

Akibat daripada membuat penggambaran adegan ini juga, pelakon Gene Kelly telah mendapat demam dengan suhu badannya setinggi 103 darjah.

Adegan menari dalam hujan ini begitu terkenal sehingga dijadikan parodi oleh beberapa filem lain anataranya seperti filem Punchline terbitan tahun 1988 lakonan Tom Hanks dan Shanghai Knights lakonan Jackie Chan.

sumber: wikipedia

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

haha best trivia ni