Jumaat, 1 April 2011

Filem Crayon layak untuk pencalonan Oskar di Academy Awards


Filem tempatan berjudul Crayon layak untuk dicalonkan di Academy Awards ke-83, menurut peraturan dan kelayakan di dalam laman web Oscar.

Diinspirasikan daripada kisah benar, filem yang diarahkan Dean A. Burhanuddin mengisahkan tentang dua orang pelajar universiti (lakonan Kahoe Howard Hon dan Faisal Abdullah) yang menjalankan tugas-tugas sukarela di sebuah rumah anak yatim.

Para pelajar tersebut telah mengadakan satu konsert amal membantu pihak rumah anak yatim tersebut mengekalkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak pemaju tanah, tetapi apabila premis itu terbakar hangus, segala yang berlaku telah menguji ketabahan mereka.

Pencalonan ini pasti akan menjadi sesuatu yang membanggakan bagi industri perfileman tanahair.

Sumber: MSN Entertainment

Tiada ulasan: