Jumaat, 25 Februari 2011

Trivia Ariel Peterpan


Dilahirkan pada 16 September 1981 di Pangkalan Brandan, Sumatera Utara dengan nama Nazril Irham.

Mula bergiat dengan muzik sejak tahun 2000 sebagai vokalis kumpulan Peterpan sebelum terkenal dengan nama komersial Ariel Peterpan.

Pernah menuntut di Universitas Parahyangan, Bandung dalam jurusan senibina.

Terkenal dengan lagu Ada Apa Denganmu (2005), Mungkin Nanti dan Bintang di Syurga (2005).

Berkahwin dengan Sarah Amalia dan mempunyai seorang anak, Alleia Anata sebelum bercerai pada 2008.

Pada tahun 2010, Ariel Peterpan telah mencetuskan kontroversi apabila rakaman video lucah antara Ariel dan pelakon Luna MayaLuna Maya tersebar di internet.

Pada 31 Januari 2011 Ariel didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan serta denda 250 juta Rupiah.

Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan: