Isnin, 28 Februari 2011

Murali Abdullah


Murali Abdullah adalah antara pengarah filem dan drama bukan Melayu sedang meningkat naik dewasa ini. Nama penuhnya Muhammad Murali Abdullah dilahirkan di Parit Buntar, Perak pada 15 Februari 1963.

Murali Abdullah lebih giat menghasilkan drama TV dan telemovie daripada mengarah filem. Antara drama TV popular yang diarahkan oleh Murali Abdullah ialah Ehsan, Suara Saleha, Ular Emas, Jelma, Hilang dan Radio Gaga. Filem pertama arahan Murali ialah filem komedi Aku Kaya The Movie pada tahun 2003.

Drama Suara Saleha arahan Murali Abdullah telah memenangi anugerah Drama Terbaik untuk Anugerah Skrin 2008 manakala Murali sendiri memenangi anugerah Pengarah Terbaik Kategori Drama.

Murali Abdullah mengakui memeluk agama Islam merupakan nikmat terbesar yang diperoleh dalam hidupnya. Menurut Murali, beliau banyak belajar mengenai Islam melalui bekas pelakon terkenal iaitu Sidi Oraza.

Murali Abdullah juga menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai idolanya dan semangat untuknya terus berdakwah menerusi karya-karya Islamik. Selain Murali, abang sulungnya yang bernama Asso juga turut mendapat hidayah dan memeluk Islam.

ANUGERAH-ANUGERAH YANG DIMENANGI OLEH MURALI ABDULLAH

Pengarah Telemovie Terbaik Festival Filem Malaysia 2008
Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2008
Pengarah Drama Berunsur Islam Terbaik, Anugerah Media Islam Negara 2009
Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2010

sumber: Kosmo!, Sinema Malaysia

Tiada ulasan: