Selasa, 18 Januari 2011

Social Network Filem Terbaik


Mungkin inilah bujukan terbaik untuk Mark Zuckerberg agar menghentikan niatnya menutup laman Facebook pada 15 Mac nanti. Filem The Social Network yang berdasarkan kisah peribadi beliau telah dipilih sebagai Filem Terbaik untuk Golden Globe Awards yang ke-68. Filem ini juga turut meraih tiga anuegerah lagi iaitu Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Skor Original Terbaik.

Filem The Social Network telah mengalahkan empat filem yang lain iaitu Black Swan, The Fighter, Inception dan The King's Speech. Untuk keputusan yang lain anda boleh rujuk di sini.

Tiada ulasan: