Isnin, 13 Disember 2010

Kg. Pisang dan Eerie, Indiana


Sekiranya hendak dijadikan kampung satelit bagi Kg. Pisang, mungkin Eerie, Indiana
merupakan lokasi yang sesuai. Ini kerana di kedua-dua tempat sering berlaku insiden-insiden yang aneh dan menyeramkan.

Ini persepsi aku apabila menonton filem terbaharu Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Secara peribadi, aku berpuas hati dengan filem ini dan agak berbaloi kerana pada mulanya aku dalam dilema sama ada hendak menonton filem ini ataupun filem The Warrior's Way yang lebih menepati citarasa aku kerana bergenre weird western.

Aku tidak mahu menyentuh tentang mesej-mesej yang tersirat dalam filem ini kerana aku yakin ia akan diulas oleh pengulas-pengulas dan pengkritik-pengkritik filem sama ada dalam blog ataupun di akhbar dan majalah hiburan.

Cukuplah aku katakan di sini Mamat Khalid memang seorang pengarah filem yang kreatif dan mampu menarik penonton untuk ke pawagam meskipun filemnya hanya sebuah komedi ringan namun sarat dengan mesej dan falsafah yang perlu dicerna oleh fikiran apabila menontonnya. Mamat Khalid juga tidak perlu menjaja cerita di media-media cetak dengan mensasar kutipan tertentu untuk filemnya.

Bagi aku, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang sebuah filem hantu Melayu, namun berbeza dengan filem-filem hantu yang ada sekarang. Filem ini juga merupakan penawar bagi peminat filem Mamat Khalid yang kecewa dengan filem Zombi Kg. Pisang.

Syabas, abang Mamat. Semoga terus berkarya dan menaikkan kembali imej filem Melayu.

**Untuk ulasan yang lebih bernas, klik sini

4 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

ini peluang nak menonton filem Melayu di pawagam.

zulazahari berkata...

Abang Ben,

Memang patut tengok filem nie, confirm puas hati punya.

cerpelai berkata...

Rekaan poster bukan lagi format Mr.Six Million Dollar Man.. Dan itu menggembirakan gua..

Kata orang, ceritanya bagus.. Betul?

zulazahari berkata...

Cerp,

Yep, gua puas hati dgn filem ini dan gua tak malu untuk syorkan orang lain menontonnya