Ahad, 19 Disember 2010

Fakta menarik artis Hollywood

Penyanyi Gwen Stefani mengaku sepanjang hidupnya dia hanya pernah bercinta dengan dua orang lelaki - seorang daripadanya merupakan anggota No Doubt, Tony Kanal manakala seorang lagi merupakan suaminya sekarang, Gavin Rossdale.

Aktres Nicole Kidman fobia dengan rama-rama.

Kesemua Jimi Hendrix, Janis Joplin, Kurt Cobain dan Jim Morrison hanya berusia 27 tahun semasa mereka meninggal dunia.

Aktres Demi Moore dikatakan buta sepenuhnya di bahagian mata kiri selepas menjalani pembedahan mata semasa kecil, namun Demi menafikannya.

Seramai 1,400 aktres menghadiri uji bakat untuk mendapatkan watak Scarlett O'Hara dalam filem Gone With the Wind yang kemudiannya disambar oleh aktres Vivien Leigh.

Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan: