Khamis, 16 Disember 2010

Ahoy! Kapten Jack Sparrow kembali


Sebab kenapa aku meminati filem Pirates of the Carribean bukanlah kerana bintang utamanya Johnny Depp, tetapi kerana pengarah filem ini iaitu Gore Verbinsky.

Aku jatuh cinta dengan filem arahan Gore Verbinsky bermula daripada filem Mouse Hunt, kemudian kepada filem The Mexican seterusnya kepada filem The Ring. Aku terus menjadi pengekor filemnya setelah menonton Pirates of the Carribean: The Curse of the Black Pearl, The Weather Man dan dua lagi sinambungan filem Pirates.

Dikhabarkan filem keempat Pirates iaitu On Stranger Tides telah pun menjalani penggambaran dan dijangka ditayangkan pada bulan Mei 2011. Malangnya filem ini bukan diarahkan oleh Gore Verbinsky sebaliknya oleh Rob Marshall yang pernah mengarahkan filem Chicago dan Memoirs of a Geisha.

Filem ini masih mengekalkan Johnny Depp sebagai Kapten Jack Sparrow dan Geoffrey Rush sebagai Kapten Barbossa. Perbezaan kali ini, Kapten Barbossa tidak lagi menjadi lanun sebaliknya menjadi tentera upahan Kerajaan British.

Antara pelakon baru yang membintangi filem ini ialah Ian McShane sebagai lanun Blackbeard, Penelope Cruz sebagai Angelica, anak perempuan kepada Kapten Blackbeard.

Orlando Bloom dan Kiera Knightley tidak akan kembali dalam filem ini.

TRAILER PIRATES OF THE CARRIBEAN: ON STRANGER TIDES

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Gua suka Johnny Depp tapi bukan sebab rupa.. Sebab kehandalannya membawakan watak pelik dan bersikap pelik..

Filem yang gua tunggu.. Pedulikan Keira dan Orlando..

jefri sempurna berkata...

:)