Selasa, 30 November 2010

Perginya ikon lawak bodoh

Leslie Nielsen (1926 - 2010) merupakan seorang aktor komedi kelahiran Kanada yang terkenal dengan filem-filem spoof antaranya seperti Airplane!, The Naked Gun, Spy Hard dan Dracula, Dead and Loving It.

Leslie Nielsen juga terkenal dengan komedi jenis slapstick namun mungkin ranai yang tidak mengetahui bahawa Nielsen bermula sebagai seorang pelakon serius menerusi filem Ransom! pada tahun 1956. Kemudian Nielsen telah membawakan watak sebagai Commander John J. Adams melalui filem Forbidden Planet.

Kerjaya Nielsen sebagai pelakon komedi bermula dengan filem Airplane! pada tahun 1980. Sejak itu Nielsen mula dikenali sebagai pelakon komedi slapstick.

Leslie Nielsen meninggal dunia ketika sedang tidur pada 28 November 2010 akibat penyakit pneumonia.

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Sebetulnya gua minat lawak bodoh mendiang...

zulazahari berkata...

Cerp,

Samalah kita.