Selasa, 27 Julai 2010

Selirat


Sebenarnya aku mengalami dilema sama ada hendak menonton filem Predators atau Inception. Setelah merujuk kepada blog-blog dan laman web perfileman, filem Inception merupakan filem yang mendapat review paling positif, maka aku 'skip' Predators dan menonton Inception.

Tanggapan pertama aku sebelum menonton Inception ia adalah sebuah filem yang surreal, penuh abstrak dan memeningkan kepala. Rupanya tidak, filem Inception sebenarnya adalah sebuah filem aksi yang straight forward walaupun ia memfokuskan kepada penerokaan mimpi dan penuh dengan teori psikologi, matematik dan 'architecture'.

Aku juga agak tersilap kerana menyamakan filem ini dengan The Matrix sedangkan ia tiada persamaan langsung dengan The Matrix, cuma mungkin konsep pengembaraan minda di dalam alam lain iaitu di dalam The Matrix, minda manusia berada di dunia maya atau virtual reality, suatu tempat yang dikonstruk oleh komputer yang menyamai dunia realiti manakala di dalam filem Inception minda manusia meneroka alam mimpi yang dikonstruk oleh minda seseorang.

Bagi aku, filem Inception bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini telah banyak filem-filem yang memfokuskan tentang penerokaan minda di alam mimpi telah dibikin oleh Hollywood. Antaranya seperti Eternal Sunshine of the Spotless Mind dan Vanilla Sky.

Secara totalnya filem ini sesuai ditonton sama ada penonton itu khusus kepada filem-filem surreal mahupun kepada penggemar filem-filem aksi. Secara peribadi, filem ini antara filem yang aku gemari dan membuatkan aku ingin mencari filem-filem arahan Christopher Nolan yang terdahulu selain Batman Begins dan The Dark Knight. Mungkin aku akan mulakan dengan Memento.

2 ulasan:

tumpanglalu berkata...

apa kata tgk blik Waking Life. ada gaya2 lucid dream mcm inception gak..

zulazahari berkata...

Waking Life from Richard Linklater (A Scanner Darkly), yep, boleh jugak tu....thanx, bro!