Jumaat, 12 Februari 2010

Tak faham bahasa 2

Seorang gadis datang ke sebuah pejabat dengan harapan untuk mendapat pekerjaan. Setelah mengambil borang daripada pegawai di kaunter, dia membaca arahan pada borang tersebut dan termenung agak lama. Kemudian dia berkata kepada pegawai yang bertugas.

"Buang masa sahaja saya datang ke sini," katanya kepada pegawai itu.

"Kenapa pula?" Tanya pegawai itu kehairanan.

"Ye lah, sudah pasti saya tidak akan mendapat pekerjaan di sini. Tengok ni, dia tulis KHUSUS UNTUK BUMIPUTERA SAHAJA, saya bukan bumiputera tapi bumiputeri."

2 ulasan:

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal berkata...

Salam ziarah kembali, terima kasih linkkan blog saya di sini, saya linkkan blog anda di mega link saya, saya hargai anda, saya doakan semoga Allah memperbanyakkan rezeki anda dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang

zulazahari berkata...

Terima kasih juga kpd Ustaz yg sudi melawat blog picisan saya ini. Saya juga menghargai doa Ustaz itu dan Insya Allah cuba untuk memperbaiki blog ini agar bukan hanya sekadar blog hiburan semata2 tetapi mempunyai pengisian yg bermakna.