Khamis, 11 Februari 2010

Pesanan untuk membaca doa sebelum membuka pintu rumah


Drama seram Jangan Tegur Lagi akan berakhir malam ini. Tetapi aku bukanlah 'fan' atau peminat drama ini, cuma ada teaser nya yang menarik hati aku.

Teaser yang memaparkan seorang wanita membuka pintu dan tiba-tiba terpandang hantu perempuan berambut panjang, berpakaian warna putih tercegat berdiri di hadapannya.

Daripada teaser ini sebenarnya ia memberikan pesan atau nasihat, sentiasa membaca doa sebelum hendak membuka pintu dan masuk ke rumah.

Nah! Secara tak lansung teaser ini pun telah berdakwah kepada kita.

1 ulasan:

INDRA QIRANA berkata...

ending dia tak best langsoooNG! he he